SHAH ALAM: Siapa sangka figura yang masyhur dengan jenama Jamu Mak Dara membuat ‘come back’ selepas diuji dengan kesihatan diri dan masalah peribadi sehingga hampir hilang empayar perniagaannya, dua tahun lalu.
Tidak mengalah, Abib Syed Ali bertuah apabila bertemu dengan seorang yang mengajaknya mencuba satu terapi yang menjadi ‘Senjata’ kepada kebangkitannya.
Terapi menggunakan alat muzik itu membuka satu laluan baru bagi Abib mengenal diri dan percaya bahawa setiap ujian Allah beserta hikmah.
“Saya hampir hilang semuanya, saya diam dan diuji sakit. Dalam pada itu, saya meneliti satu persatu kaedah untuk mendapat semangat.
“Alhamdulillah saya bertemu dengan kaedah terapi yang dikenali sebagai Sound Healing. Saya cuba, dan dengan izin Allah saya lalui hari dengan lebih positif dengan saya yang baharu,” katanya dalam sesi perkongsian terapi bersama media di Kelas@10 di sini.
Media yang hadir turut berpeluang merasai sendiri pengalaman terapi muzik yang lebih kepada pengurusan stress dengan kenali diri seterusnya menghargai diri seseorang itu.
Abib berkata, terapi yang diusahakan dengan jenama Jajah Minda Diri (JMD) sudah dikenali diseluruh dunia dalam kalangan profesional khasnya dan masih baharu di negara ini.
Merupakan anak Melayu pertama yang berkongsi ilmu ini, Abib berkata apa yang lebih menarik konsep terapi ini selari dengan amalan Islam yang diterjemahkan dalam bentuk sains.
“Apabila kita mainkan alat muzik seperti gong misalnya, ia mampu menghasilkan satu getaran untuk merangsang saraf seterusnya membantu pengaliran darah.
“Melalui terapi ini gelombang dan frekuensi diaplikasikan untuk merangsang saraf di anggota badan kita”, katanya.
Abib berkata, dia belajar mengenai terapi itu sejak dua tahun lalu dan berniat berkongsi ilmu yang dimiliki dengan mereka yang minat serta memerlukan.
Dia berkata, mendapat undangan persendirian oleh beberapa rakan dan individu yang serasi dengan tetapi itu.
“Semua ini daripada Allah yang sentiasa mahu hamba-Nya berusaha dan saya gembira apabila mendapat maklum balas positif.
“Bukan sahaja masalah kesihatan tetapi juga dalam dan peribadi. Itu yang saya kata, bila diri kita positif, apa yang kita sangka mustahil sebenarnya tidak mustahil,” katanya.
Terapi ini membabitkan empat bahagian iaitu kenali diri, kerohanian, zikir terapi dan sound bath (mandi bunyi).
Tarikan terapi ini ialah sound bath (mandi bunyi) proses menyenangkan diri menggunakan kaedah gong dan crystal bowl.
Aktiviti terapi ini turut dikongsi di laman sosial menerusi akaun instagram @abibsyedali.
Terapi JMD turut mendapat sokongan selebriti seperti Ayu Damit, Ustaz Akhil Hay, Fitri Hiswady dan Nazrief Nazri.
Gayah dah cuba, Alhamdulillah seronok.