KUALA LUMPUR: Bukan rancangan realiti biasa. Itulah yang dibawakan oleh Mic On di Awesome TV saluran 112, MYTV bermula 6 November lalu.
Menyuntik elemen komedi dalam program ini, Mic On menghiburkan penontondengan kehadiran tiga pelawak terkenal negara yang ternyata tidak berpengalaman sebagai penyanyi namun mereka sedaya upaya berusaha untuk melahirkan penyanyi baru untuk memeriahkan lagi industri.

Shuk Sahar, Fad Bocey dan Ropie bertindak sebagai pengurus kepada anak didik mereka bagi merebut wang tunai sebanyak RM10,000.
Setiap minggu, 12 peserta akan membuat persembahan dan akan diniliaikan oleh legenda terkenal dan berpengalaman, Datuk M.Nasir dan Mas Idayu.
Peserta-peserta ini akan diberikan tugas untuk mempersembahkan kemantapan vokal mereka mengikut tema yang ditetapkan.
Konsep penyingkiran berbeza dengan program yang sedia ada di mana setiap pengurus kumpulan sendiri akan memilih satu nama dari kalangan anak didik mereka untuk disingkirkan sekiranya kumpulan mereka mencatatkan jumlah markah terkumpul terendah.
Keunikan Mic On adalah kerana cara pemarkahannya yang hanya diambil kira daripada markah peserta yang paling tinggi dan yang paling rendah sahaja dalam setiap kumpulan.
Pengarah, Unit Kandungan Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli berkata, Mic On ialah sebuah rancangan realiti yang lari dari kebiasaan dan menampilkan sesuat yang segar.
“Mic On diterbitkan juga sebagai sebuah inisiatif bagi menyokong minat anak-anak milenia yang gemar mempertontonkan bakat mereka melalui media sosial namun, masih tercari-cari platform yang sesuai,” katanya.
Mic On turut menampilkan Nana Mahazan sebagai pengacara. Penonton boleh mengikuti perkembangan terkini Mic On melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV dan siaran tertunda Mic On boleh ditonton melalui laman web rasmi www.awesometv.my.
Gayah kalau bab Mic memang selalu On.
You may also like
-
Aina Abdul : Bukit Bintang Done, Bukit Jalil Next!
-
Konsert Milenia Ditunda Ke 25 November, Tampil Persiapan Lebih Meriah
-
Kongsi Kemesraan Dengan Suami Bawa Tuah Pada Fasha Sandha
-
Liza Hanim Sedia Bersaing – Ziana Zain Iktiraf Liza Bak Berlian
-
Kesemua Pelakon Walid Boleh Bersilat – Filem Angkat Seni Mempertahan Diri Melayu