PELABUHAN KLANG: Selepas berjaya muncul sebagai antara Top 3 radio paling popular dan menjadi pilihan pendengar di Malaysia, Suria FM bakal mencipta sejarah tersendiri ke udara di atas kapal mewah dalam satu pelayaran eksklusif pada Januari 2023.
Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid berkata, usaha itu juga sempena meraikan ulang tahun ke-15 Suria FM, dengan kerjasama Resorts World Cruises akan berlayar selama empat hari tiga malam di atas kapal persiaran Genting Dream pada 9 Januari 2023 dengan membawa misi menjadi Radio Pertama bersiaran di atas kapal pelayaran.
“24 November, genap 15 tahun Suria FM mewarnai industri radio tanah air dan 2022 merupakan tahun yang luar biasa dari segi pencapaian kami dari segi rating, ranking serta hasil pendapatan Suria FM secara keseluruhannya.
“Semua ini tidak akan dapat dicapai tanpa sokongan padu daripada pendengar setia, pihak penaja serta rakan media. Sempena kejayaan Suria FM kali ini, kami membuat kelainan dengan meraikan sambutan ulang tahun Suria FM sambil berlayar dan bersiaran secara langsung dari atas kapal persiaran mewah, ‘Genting Dream’,” katanya yang juga dikenali dengan nama DJ Lin.
Lebih menarik, lima pendengar bertuah bakal merasai pengalaman berlayar di atas kapal persiaran Genting Dream dengan pelbagai aktiviti menarik yang diadakan antaranya sukaneka, rock climbing, mini golf, aktiviti air, karaoke, persembahan istimewa dari barisan artis popular seperti Siti Nordiana, Andi Bernadee, Amir Masdi dan ramai lagi.
Sementara itu, Naib Presiden Jualan (Malaysia) Resorts World Cruises Cynthia Lee berkata, Suria FM menjadi radio pertama yang dipilih untuk kerjasama seumpama ini kerana kemampuan stesen itu menarik pendengar dalam kalangan kaum Melayu khasnya sejajar dengan pakej mesra Muslim pelayaran yang diperkenalkan.
“Kami memilih dan bersetuju untuk bekerjasama dengan Suria FM kerana tertarik dengan pencapaian mereka dan saya yakin banyak lagi kerjasama akan diteruskan pada masa depan,” katanya.
Suria FM berjaya mencatat pertambahan jumlah pendengar lebih 3.5 juta pendengar seminggu dan sekaligus meletakkan Suria FM di ranking ketiga stesen radio paling popular di Malaysia.
“Terima kasih kepada semua pendengar setia Suria FM yang sentiasa menyokong kami, anda adalah sebab Suria FM terus bertahan dan terus doakan kami,” akhiri DJ Lin. – GayahIsTyping
You may also like
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan