KUALA LUMPUR: Permintaan Shuib supaya Siti Nordiana menyanyikan lagu arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah mendapat pelbagai reaksi netizen.
Shuib menerusi sebuah rancangan televisyen sempena Syawal meminta Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana menyampaikan lagu dendangan asal Siti Sarah berjudul Bersamamu.
Nyanyian berkenaan tular di semua platform media sosial terutamanya TikTok dan mendapat pelbagai komen termasuk yang menyukainya.
Malah, ada yang berharap pelawak dan ahli perniagaan itu bertemu jodoh dengan pelantun lagu Cinta Hanya Sandaran itu.
“Ya Allah semoga ada jodoh antara Nana dengan Shuib, amin 99 kali,” kata Nur Kasih.
Bagi pengguna akaun Fau Raz pula, menganggap wajah Shuib dan Nana juga seiras.
“Merdu suara Nana, menghayati baris-baris ayat memang menusuk hati. Semoga ada jodoh Nana dan Shuib,” kata Lynnexora.
Shuib kehilangan isteri tersayang, Siti Sarah akibat Covid-19 pada tahun lalu.
Siti Nordiana menjadi ibu tunggal kepada seorang anak selepas bercerai dengan suaminya, pelakon arwah Faizal Yusof pada 2009.
Faizal meninggal dunia pada 2011 dipercayai akibat serangan jantung. – GayahIsTyping
You may also like
-
Dana RM700,000 Menanti Pemenang AIM 24 – Perkenal Tiga Kategori Baharu
-
Gandingan Aku Ada Zaki Yamani & Putri Dahlia – Simbolik Legasi Darah Seni
-
Keluang Man Adiwira Tempatan Bakal Cipta Fenomena – Strategi Diatur Sejak Tiga Tahun Lalu
-
Lebih 15 Juta Dalam Masa Empat Hari – Ejen Ali The Movie 2 Dapat Sambutan Hebat
-
Tunggu Lapan Tahun Duet Mas Idayu – Farez Adnan Nafi Single Tiru Lagu Seberang