Memegang prinsip ‘no sex before married’ membuatkan hati aktres, Raja Ilya, 33, tertawan dengan jejaka Australia yang dikenali sebagai TWG.
Ilya dan TWG akan bernikah pada 23 Disember ini di kediaman bakal mentuanya di Perth, Australia selepas enam tahun menjalinkan perhubungan jarak jauh.
Gayah mendapat tahu, majlis resepsi pula akan diadakan di dua negara, Australia dan Malaysia, tahun depan.
Wanita berdarah kacukan Melayu, Arab dan India itu dilamar ketika bertemu kekasihnya yang juga ahli perniagaan berusia 37 tahun buat kali ketiga, seterusnya bertunang pada 23 Oktober lalu di Langkawi.
“Awalnya, perhubungan kami hanya berlandaskan seorang kawan baik apabila hanya berhubung empat hingga enam bulan sekali.
“Bagaimanapun, TWG secara tiba-tiba bertanyakan soalan tidak masuk akal pada awal tahun ini.
“Dia akur kami sudah lama saling mengenali, tetapi tiada hubungan yang pasti. Adakah ia sesuatu yang melucukan jika kami membina hidup bersama?
“Mungkin inilah dinamakan jodoh. Sebelum ini, kami hanya berhubung menerusi Messenger Facebook, tetapi apabila menjalinkan hubungan serius, barulah kami berbual menerusi panggilan video dan WhatsApp,” katanya.
Gayah diberitahu, TWG melihat bintang filem Appalam itu banyak berubah selepas sekian lama mengenalinya.
“TWG beritahu, saya berbeza perwatakan dan spirit. Saya berubah 360 darjah menjadi orang lain.
“Dulu, saya dianggap ‘the girl lost in Disneyland’. Selalu cerita masalah itu dan ini, TWG melihat saya tidak bersedia ke arah perhubungan yang lebih serius.
“Bagaimanapun, dia terkejut melihat perubahan saya ketika menghantar ucapan ulang tahunnya pada Julai lalu. Dia sempat menunjuk kepada bapanya.
“Saya tidak tahu apa yang dia nampak mengenai saya. Bagi saya, dia terlalu kacak, sukar untuk saya mendekatinya dulu,” katanya.
Bagaimanapun, anak kelahiran Ipoh, Perak itu berkata tiada keraguan di hatinya selepas menjalinkan hubungan lebih serius.
“Saya percaya TWG lebih daripada diri saya sendiri. Dia jenis lelaki yang percaya tiada perhubungan ranjang sebelum berkahwin walaupun berbangsa asing.
“Kini, saya sudah menemui ‘soulmate’ saya. Kami boleh bergurau, buat lawak bodoh dan bercerita apa saja, dia boleh terima saya seadanya.
“Saya tidak memandangnya sebagai bangsa asing, tetapi melihatnya seperti diri sendiri.
“Apa yang ditunjukkan, jika saya lelaki, itulah diri saya. Biarpun selama enam tahun, kami hanya bertemu tiga kali, tetapi saya dapat rasakan keserasian kami,” katanya yang akan berlepas ke Perth bersama rombongan 50 ahli keluarganya beberapa hari sebelum majlis pernikahan.
You may also like
-
Sekuel Konsert Galau The Finale -Tampilkan Ungu, Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists
-
Babah Kisah Realiti Kasih Sayang – Ingatan Agar Hargai Seorang Bapa
-
Hanya Satu Nora Ariffin – Kekal Dalam Liga Penyanyi Terbaik Negara
-
Suria FM Kekal Barisan Penyampai – Catat Peningkatan 292 Ribu Pendengar
-
Ayda Jebat Terus Jadi Pilihan – Ada Jenama Kekal Sejak Sedekad