KUALA LUMPUR: Todak Music dan Warner Music Malaysia menjalinkan kerjasama dengan hala tuju membawa lebih ramai bakat tempatan merentas pasaran muzik global dalam satu perjanjian persefahaman yang ditandatangani antara kedua-duanya.
Koloborasi itu juga membabitkan pengedaran lagu ke semua platform penstriman, sekaligus dapat membantu dalam mempromosikan lagu yang dikeluarkan dengan lebih efektif serta meluas.
Ketua Pegawai Eksekutif Todak Music, Ikmal Fareeq berkata, kolaborasi bersama Warner Music Malaysia yang telah terjalin sejak tahun lalu membabitkan promosi, produk dan juga kutipan royalti bagi artis naungan Todak Music.
“Ini juga bakal menjadi penanda aras untuk kami melahirkan produk yang terbaik. Malah kami juga amat berbangga apabila menerima Anugerah Made For The World 2020 bagi kategori Music Publishing oleh Niaga Times baru-baru ini,” katanya kepada Gayah.
Sementara itu, Pengarah Urusan Warner Music Malaysia, Darren Choy berkata pihaknya berbesar hati apabila dapat bekerjasama dengan Todak Music dan dilihat sebahagian inisiatif menyelamatkan industri muzik di Malaysia, sekali gus memastikan ia terus berkembang pesat.
“Fokus kami antaranya untuk mencungkil bakat-bakat baharu lengkap kualiti dan pakej yang baik, untuk diketengahkan ke persada muzik antarabangsa,” katanya.
Todak Music yang ditubuhkan pada tahun 2019 beroperasi sebagai sebuah syarikat rakaman, studio tarian, muzik dan pengurusan bakat.
Selain itu, Todak Music turut menyediakan perkhidmatan studio rakaman yang membekalkan kepelbagaian audio dan visual yang cukup praktikal dan sesuai bagi pengguna tempatan mahupun antarabangsa.
Ikmal menambah, Todak Music sebaliknya turut mempunyai perancangan untuk mengembangkan jenamanya ke negara jiran Singapura dan Indonesia menerusi promosi dan penghasilan program hiburan berkelas tinggi.
“Ini dapat dilihat melalui produk Shiha Zikir yang merakam semula lagu Kris Dayanti dan telah mendapat permintaan yang tinggi di pasaran Indonesia,” katanya.
Ikmal berkata Todak Music juga ingin membekalkan produk hiburan yang berkualiti kepada semua komuniti pendengar di dalam mahupun luar negara.
Ini termasuklah dengan penglibatan secara langsung dengan komuniti pemuzik komersial dan underground melalui program pembangunan muzik menerusi rakan strategik antarabangsa terutamanya Indonesia, Singapura dan Brunei.
Selain Shiha, artis lain yang bernaung di bawah Todak Music ialah Shiha Zikir, Fadh Majid, Razak A’ai dan Dina Nas.
Dalam perkembangan lain, Ikmal berkata, syarikat itu juga memiliki Todak TV yang ditubuhkan untuk memenuhi keperluan penerbitan platform program hiburan berkualiti tinggi yang bersesuaian untuk segenap lapisan masyarakat.
Misi Todak TV adalah untuk menghasilkan program hiburan tanpa sempadan yang mensasarkan lebih ramai penonton dengan mengukuhkan pasarannya melalui penerbitan kandungan program yang relevan, ‘intrend’ serta mendapat banyak permintaan.
Gayah sentiasa sokong industri muzik Malaysia.
You may also like
-
Ibu Scha Al-Yahya Meninggal Dunia – Awal Kongsi Kehilangan Ibu Mentua di IG Story
-
Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024 – Pentas Pemuzik Terbaik Negara
-
Wawa Belanja 100,000 Unit Sunscreen Kanak-Kanak – Lancar Sempena Hari Lahir Anak
-
Janji Hadiah 25 Tahun Dayang Nurfaizah – Turut Dedikasi Buat Iman Imran
-
Jangan Pandang Belakang 2 – Jin Tak Perlu Jaga Manusia