March 20, 2025

M.Nasir Lakar Sejarah – Tampil Konsert Khas Hari Raya

Sifu muzik Malaysia, Datuk M. Nasir bakal melakar sejarah dalam industri muzik apabila menganjurkan konsert khas sempena sambut Aidilfitri pada tahun ini.

Konsert Cipta Raya M Nasir bakal menghiburkan penonton yang masih dalam suasana raya dengan dendangan 20 lagu raya ciptaannya dengan susunan muzik baharu.

Penganjur, Iman Tang berkata idea itu terbit selepas menyaksikan lagu Satu Hari Di Hari Raya menjadi fenomena selepas Konsert MN46IR Cipta 2 berakhir.

“Bila M Nasir beritahu beliau memiliki 15 lagu raya dendangannya termasuk ada yang dicipta untuk penyanyi lain, ia sekali gus memberi idea kenapa tidak diadakan konsert yang bertemakan lagu raya.

“Kalau orang tanya kenapa lagu raya? Jawapan saya ringkas sebab orang lain tak pernah buat, jadi saya buat,” katanya.

Tambah Iman, semua penonton juga Ajib memakai baju raya pada hari konsert berkenaan kerana berlangsung dalam sambutan Aidilfitri.

Konsert M N45IR Cipta Raya bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 13 April depan.

Sementara itu, M Nasir berkata, dia bakal menyanyikan kira-kira 20 lagu yang sesuai dengan tema konsert itu.

Katanya, konsert itu juga memberi peluang kepadanya untuk memperkenalkan lagu raya ciptaannya yang mungkin sebelum ini tidak diketahui ramai.

“Melalui konsert ini saya dapat beritahu orang lagu raya yang pernah saya cipta. Bagaimanapun, ia akan dipersembahkan dengan cara saya dan susunan muzik baharu.

“Saya harap dapat menyanyikan 20 lagu bersesuaian dengan konsep raya. Mungkin saya akan menyanyikan lagu daripada Al Jawaher yang pernah saya ciptakan untuk mereka.

“Lagu raya yang saya minati tetapi bukan hasil ciptaan saya, antaranya lagu Dendang Perantauan nyanyian Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Esok Hari Raya (dR Sam), Selamat Hari Raya (Allahyarham Datuk Ahmad Jais) dan banyak lagi,” katanya. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts