KUALA LUMPUR : Tampil dengan musim baharu, Suara Viral (SV) 2.0 kini terbuka kepada semua peringkat umur berbanding peserta pasukan beruniform pada musim lalu.
Program realiti ‘Suara Viral 2.0’ ialah sebuah pertandingan nyanyian terbitan Astro Prima
bagi mencungkil bakat baharu dalam bidang nyanyian tanpa mengira latar belakang bagi mewarnai persada seni hiburan tanah air.
Pengurus Saluran Astro Prima Norzeha Mohd Salleh, berkata penyertaan untuk musim kedua kini diluaskan kepada seluruh rakyat Malaysia dan warganegara yang memiliki status Pemastautin Tetap (PR) berumur 18 tahun ke atas.
“Peserta juga boleh menonjolkan bakat terpendam secara solo, duo, berkumpulan dalam bentuk band, busker atau penyertaan keluarga yang tidak melebihi enam orang ahli,” katanya.
Lebih menari kongsinya, seorang warga emas berusia 71 tahun antara peserta SV 2.0 yang pastinya mewarnai lagi pertandingan itu.
Juara pertandingan ini akan membawa
pulang hadiah wang tunai RM10,000 beserta trofi.
Norzeha berkata, SV 2.0 memperkenalkan konsep ‘Tangga Viral’ yang mana setiap peserta dikehendaki memulakan persembahan masing-masing dengan berdiri di kedudukan anak tangga teratas.
Lampu akan menyala dan memaparkan wajah peserta untuk layak ke peringkat seterusnya sekiranya kesemua juri menekan buzzer.
Dia menambah, sambutan untuk musim ini amat menggalakkan sekaligus menjadikan ia sebagai cabaran kepada pihak produksi Astro sendiri untuk menyenarai pendek barisan peserta yang benar-benar menonjol untuk diserap masuk.
Sementara itu, Datuk Hattan bersama Marsha Milan London, Aina Abdul dan Haqiem Rusli ialah barisan juri kali ini.
Hattan turut mengalu-alukan barisan bintang muda berkenaan yang disifatkan mempunyai pengetahuan tinggi dalam dunia muzik.
“Tidak timbul soal kredibiliti kerana mereka bagus dan masing-masing ada pencapaian yang hebat dalam industri.
“Malah mereka juga ada pengalaman dalam pertandingan seakan sama dan juga berbakat besar sebagai komposer,” katanya.
Gayah harap ada yang menjadi dari SV 2.0 ini ya.
You may also like
-
Ibu Scha Al-Yahya Meninggal Dunia – Awal Kongsi Kehilangan Ibu Mentua di IG Story
-
Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024 – Pentas Pemuzik Terbaik Negara
-
Wawa Belanja 100,000 Unit Sunscreen Kanak-Kanak – Lancar Sempena Hari Lahir Anak
-
Janji Hadiah 25 Tahun Dayang Nurfaizah – Turut Dedikasi Buat Iman Imran
-
Jangan Pandang Belakang 2 – Jin Tak Perlu Jaga Manusia