KUALA LUMPUR : Bakat yang dicungkil dari program realiti, Usop hari ini selamat mengikat tali pertunangan dan bakal mendirikan rumah tangga dengan tahun depan.
Usop atau nama sebenar Muhamad Saiful Naim Mohd Noor, 24, memilih Nur Fatihah Md Hashim, 25 yang berasal dari Sungai Dua, Pulau Pinang.
Majlis pertunangan yang diadakan secara tertutup di Dewan Desa Murni, Taman Desa Murni Sungai Dua, Pulau Pinang dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

“Kepada semua peminat dan yang mengenali saya, doakan agar saya dan tunang yang dikenali Teha bahagia serta dipermudahkan segala urusan sehingga majlis pernikahan kelak,” katanya.
Dalam majlis pertunangan ini meyaksikan hantaran tujuh dulang dari pihak perempuan dan berbalas lima dulang dari pihak lelaki.
Mengikut perancangan, Usop dan Fatihah akan bertunang selama lima bulan dan majlis pernikahan mereka dijangka berlangsung pada tahun hadapan.
Usop berkenalan selama dua tahun dengan Fatihah berkhidmat yang berkhidmat dibahagian pentadbiran dan perniagaan, sebuah syarikat di Pulau Pinang.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta mereka yang terlibat dalam menjayakan majlis pertunangan ini,” katanya.
Gayah doakan yang baik-baik buat Usop dan pasangan.