Dari Anak Angkat, Odda Lahir Single Bersama Siti Nurhaliza Legacy – Siti Pesan Pandai Urus Masa Dan Fokus

KUALA LUMPUR: Daripada bergelar anak angkat kepada Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, siapa sanga kini Auddra Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Odda melahiran singe sulung selepas bergelar artis naungan Siti Nurhaliza Legacy (SNL).

Odda yang bakatnya dicungkil menerusi program Talk To My Manager (TTMM) itu, mengakui berasa sangat gembira malah percaya telah berjaya membuatkan keluarganya berbangga dengan pilihannya untuk menceburi dalam bidang seni.

“Saya sangat terharu. Rasanya, saya memang dah lama mengimpikan perkara ini. Dari dulu lagi saya selalu fikir, macam mana kalau saya keluarkan single sendiri?’ Tapi tiba-tiba jadi.

“Alhamdulillah, saya sangat gembira dan bangga dengan diri sendiri. Saya juga tahu keluarga saya turut bangga dengan saya. Tadi pun mama menangis sedikit,” katanya sempena majlis pelancaran single dan video muzik Gelanggang Rasa yang berlangsung di Ideas Kuala Lumpur.

Berkongsi mengenai single pertamanya itu, Odda yang merupakan anak kepada pengacara dan penyampai radio terkenal, Sharifah Shahirah mengakui terus jatuh hati sebaik sahaja mendengar demo lagu berkenaan.

Menampilkan gabungan irama pop kontemporari dan elemen R&B, Gelanggang Rasa merupakan hasil ciptaan Micu Ellis dan Mingaling, manakala lirik ditulis oleh Micu Ellis bersama Aril Armani.

Sementara itu, Siti Nurhaliza berkata Odda kini memikul tanggungjawab yang lebih besar apabila semakin mendapat perhatian dalam industri hiburan.

Lantaran beliau menitip pesan agar penyanyi itu dapat mengurus masa dengan baik sambil terus fokus mengejar impian dalam bidang seni.

“Dia mempunyai visi dan cita-cita sendiri. Selagi dia berada di landasan yang betul dan terus bekerja keras, saya percaya dia mampu mencapai apa yang diimpikan,” katanya.

Menyentuh mengenai potensi yang dimiliki Odda, Siti Nurhaliza berkata, penyanyi itu mempunyai keunikan tersendiri dan tidak perlu meniru mana-mana artis lain untuk berjaya. – GIT MEDIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *