Filem Kahar: Kapla High Council belum pun ditayangkan di pawagam, namun netizen sudah mula melahirkan rasa kurang senang.
Antara kebimbangan yang disuarakan ialah filem berkenaan seolah-olah mengangkat isu dan figura buli dalam kalangan pelajar sekolah serta anak muda.
Menjawab polemik itu, Penerbit Eksekutif filem berkenaan merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata setiap filem pastinya mempunyai mesej dan isu yang diangkat.
“Seperti biasa setiap filem kami melalui proses termasuk LPF dan membawa mesej mengenai sesuatu isu.
“Dalam filem ini bukan keganasan yang dipaparkan tetapi kesan apabila berlakunya kejadian buli.
“Filem ini bawa pengajaran kepada masyarakat mengenai kesan dan impak besar buli serta kita harap masyarakat akan ambil iktibar malah kita juga buat disclaimer pada pembukaan filem ini mengenai kejadian buli.
“Apa yang utama kita nak sampaikan keganasan bukan penyelesaian atau jalan keluar bagi sesuatu masalah,” katanya ketika ditemui selepas Wrapped Up Party Filem Kahar: Kapla High Council baru-baru ini.
Hero filem berkenaan, Amir Ahnaf pula berkata gejala buli yang dipaparkan sebenarnya perlu dilihat mengikut perspektif masing-masing.
“Dalam hal ini sebagai pelakon kerja saya ialah untuk ketengahkan nilai moral dalam filem ini.
“Kalau perspektif kita melihat dari sudut moral yang dipaparkan kita akan dapat dan jangan cari sisi negatif sebab kalau hati kita nak bagus kita akan dapat bagus,” katanya.
Dia turut mengakui pernah menjadi mangsa buli ketika di bangku sekolah menengah sebuah asrama penuh di Pantai Timur.
Lantaran dirinya sendiri tidak pernah menggalakan perbuatan buli ini kerana ia hanya akan meninggalkan trauma kepada mangsa.
“Benda ni boleh berlarutan kalau tak boleh handle, jadi melalui filem kita sebarkan kesedaran.
“Bagi saya sebagai senior lebih baik tegur cara baik, senior bimbing junior, Tuhan tak ajar cara keganasan tapi kebaikan, mulakan dengan senyuman.
“Sebagai abang kita kena guide adik adik yang baru masuk dan mereka tak tahu apa- apa,” katanya.
Kahar: Kapla High Council iaitu prekuel dari drama bersiri Project High Council bakal menemui penonton di pawagam pada November depan turut menampilkan pelakon Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Thompson Goh dan Khenobu.
Terdahulu seorang netizen dikenali sebagai Isz Ketambola melahirkan rasa kecewa apabila filem berkenaan mengangkat tema mengenai buli dalam satu hantaran di Facebook.
“Sebagai mak yg ada anak early teenager, aku memang marah & kesal dalam banyak-banyak filem kenapa tema buli yang nak diangkat ke layar perak? Apa tak cukup lagi ke kisah arwah Zulfarhan nak dijadikan pengajaran?
“Come on la, stop this nonsense! Yang tidak-tidak je industri filem ni entah bila nak maju eh asyik disogok dgn filem takde pengajaran macam ni… Kang kata filem-filem Korea jauh tinggalkan kita, marah pulak,” luahnya. – GayahIsTyping
You may also like
-
Angkara Gigitan Ziana Zain – Pontianak 200 kg Mangsa Cinta Tiga Segi
-
FYP Untuk Siapa Yang Makan Cili – Drama Band Tampil Konsert Sulung
-
Tidak Fake – Siti Jamumall Jadi Diri Sendiri
-
Suria FM Terus Jadi Pilihan – Jelajah Suria Kuasa 2 Tawan Empat Lokasi
-
Dedah Kisah Untold Story – Wajib Tonton Teater Dang Anum Versi The Redholah