December 1, 2022

Enam Rakan Seuniversiti Sah Pembunuh Zulfarhan

KUALA LUMPUR : Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah telah memutuskan enam lelaki rakan seuniversiti didapati bersalah membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain empat tahun lalu.

Kesemua enam tertuduh itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali

Dalam keputusan itu, keenam-enam tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan bersubahat membunuh Allahyarham Zulfarhan.

Mereka dipenjarakan selama 18 tahun atas tuduhan berkenaan.

Manakala 12 tertuduh yang lain didapati bersalah di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana mencederakan Allahyarham dan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun.

Kesemua tertuduh juga adalah penuntut UPNM.

Dua belas tertuduh lain ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri Agus, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa.

Arwah bersama ibu dan bapa. Gayah doakan keluarga arwah terus tabah. Masih terngiang kata ibu bapa arwah, “Zulfarhan lambang cinta pertama mereka!”

Gayah berharap keluarga arwah tenang menerima keputusan ini. Sama-sama kita doakan arwah berada dalam kalangan kekasih Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts