October 11, 2024

Zara Dapat Duit Raya RM20K

Ketika mula menapak dalam industri lakonan, figura ini terus mencuri hati ramai peminat menerusi lakonan berkesannya dalam drama rantaian Love You Mr Arrogant sekitar tahun 2013.

Nama Zara Zya bertakhta di hati peminat dan tidak hairanlah ia menjadi momen terindah buat pelakon serba boleh ini.

“Kalau nak tahu, saya juga ada kenangan raya paling bermakna ketika drama kni sedang meletop dulu.

“Saya pernah dapat duit raya RM20,000 daripada peminat ketika waktu itu. Memang tak sangka dan terkejut,” katanya ketika bersembang pada Rumah Terbuka Aidilfitri Gayah.

Zara berkata, semua itu tanda sokongan dan kasih sayang semua peminat yang terus menyokong kerjaya seninya hingga ke hari ini.

Masih berkongsi cerita raya, dia menggemari kuih tradisonal Makmur yang wajib ada di atas meja setiap kali lebaran.

“Saya memang suka sejak kecil sebab rasanya yang unik dan cara pembuatannya yang turun temurun,” katanya.

Zara sempat menitip pesan, bagi mereka yang akan pulang ke kampung selepas kebenaran merentas negeri sempena PKPP bermula esok, agar berhati-hati.

“Meskipun sudah diberi kelonggaran yang hampir sama seperti sebelum Covid-19, saya harap semua pihak sentiasa jaga diri.

“Semua amalan kesihatan dan kebersihan wajar diteruskan kerana penyakit itu masih ada,” katanya.

Zara pesan kepada Gayah, minta semua Geng Gayah tonton ucapan rayanya di YouTube : gayah is typing dan beli pantun yang dijual.

Di kesempatan ini, Gayah ucapkan setinggi penghargaan buat semua artis yang sudi menjayakan Rumah Terbuka Aidilfitri Gayah.

Terima kasih paling sayang buat Ayda Jebat, Radin, Sherry Alhadad, Yonny Boii, Haiza dan Zara Zya.

Gayah ada juga jemput artis lain, tapi senyap seribu bahasa. Ada juga yang mungkin lupa atau tak ingat. Tak apalah.

Salam Aidilfitri dari Gayah buat semua yang terus menyokong. Ingat, PKPP bukan lesen lupa diri, tapi terus jaga diri!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts