September 27, 2023

Perginya Insan Hebat, Selamat Jalan Mamat Khalid

TANJUNG MALIM : Pengarah prolifik negara, Mamat Khalid meninggal dunia kira-kira jam 12.30 pagi ini selepas jatuh pengsan di Sarang Art Hub di Tanjung Malim. 

Allahyarham dimaklumkan meninggal dunia dalam ambulans ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River.

Menurut Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah Mamat atau namanya Mohamad Mohd Khalid, 58, akan dikebumikan di Ipoh, Perak.

Pengarah filem Hantu Kak Limah Balik Rumah itu meninggalkan isteri Hasmah Hassan dan lima orang anak.

Arwah juga adalah adik kepada kartunis terkenal Negara iaitu Datuk Lat.

Sebelum ini, arwah pernah dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi selepas mengalami sesak nafas pada Oktober 2019.

End.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts