September 30, 2023

Kak Lina Lahir Bayi Lelaki

SERI KEMBANGAN: Elly Mazlien hari ini melahirkan rasa syukur apabila anak keduanya selamat dilahirkan jam 12.23 pagi tadi.

Berkongsi dalam satu hantaran di Instagram, Elly atau mesra disapa Kak Lina Pom Pom dikurniakan seorang putera menjadikan dia kini ibu kepada sepasang anak lelaki dan perempuan.

Elly mempunyai seorang anak perempuan Putri Sara Sefhia, 5, hasil perkahwinan terdahulu, manakala anak kedua ini ialah hasil perkahwinannya dengan Mohamad Azlan.

“Terima kasih kepada suami saya yang menjaga saya sepanjang mengandung hingga bersalin. Kita ada orang baru.

“Juga terima kasih kepada doktor dan jururawat memang hebat layanan yang diberikan. Bacaan surah Yasin untuk mudahkan saya bersalin,” katanya.

Elly turut berkongsi nama anaknya iaitu Haider Mateen Mohamad Azlan.

Elly juga melahirkan rasa syukur kepada Allah yang memudahkan urusan bersalin dan memberikan kesihatan kepadanya serta bayi.

“Syukur cepat Haider nak jumpa papa dan mama, sangat sekejap. Alhamdulillah Syukur.

“Assalammualaikum Haider, welcome to the word our little bundle of joy,” katanya.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanaf mendirikan rumah tangga dengan seorang guru asal Kelantan, Mohamad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari 2020.

Gayah tumpang gembira. Tahniah Kak Lina dan suami.

End

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts