Tidak perduli umpat keji netizen, penyanyi dan pelakon sensasi, Elly Mazlein, 38, bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki berusia 20-an.
Belum bersedia mendedahkan identiti jejaka yang bertugas sebagai penjawat awam di sebuah jabatan kerajaan, Elly mengenali jejaka berkenaan sejak lima bulan lalu.
“Saya sangat bahagia, malah tidak pernah menemui kebahagiaan seperti ini sejak sekian lama.
“Saya lihat anak, Putri Sara Sefhia Azmi begitu seronok apabila dimanjakan. Sefhia mungkin tidak pernah merasai kasih sayang seorang bapa, jadi apabila ada lelaki melayannya dengan baik, Sefhia seperti hidup baharu.
“Malah, keakraban mereka hingga Sefhia memanggilnya Papa,” katanya.
Penyanyi yang popular dengan lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan, Janji Kekasih dan Bungaku Bakawali itu berkata, jarak usia membuatkannya tidak mahu terburu-buru memikirkan soal jodoh.
“Masih terlalu awal untuk memikirkan soal jodoh, kami baru berkawan selama beberapa bulan.
“Bagaimanapun, saya tertarik dengan keperibadiannya. Dia matang dan bertanggungjawab terhadap keluarga.
“Kami punya banyak persamaa apabila lebih suka menghabiskan masa di rumah bersama keluarga. Ciri-ciri bapa penyayang ada padanya.
“Saya terbuka hati menerimanya selepas tersentuh hati melihatnya melayan anak saya. Dia pandai menyesuaikan diri dengan kanak-kanak,” katanya.
Elly mengakui, teman lelakinya serius dalam perhubungan ini.
“Dia sentiasa memikirkan masa depan. Caranya itu meyakinkan saya, dia mampu memberikan saya dan Sefhia kebahagiaan,” katanya.
You may also like
-
Makar Fest Cipta Sejarah – Issey Berjaya Pujuk M.Nasir Kembali Ke Kota Bharu
-
Mulanya Rakam Untuk Demo – Bila Sedap, Terus Jadi Single ‘Dengan Lafaznya’
-
Amy Search Muncul Konsert Solo – Guna Pengarah Muzik Beyonce
-
Along Cham Sah Lafaz Cerai Taklik – Semalam Bebas Tanpa Lepas Kes Dadah
-
Sekuel Konsert Galau The Finale -Tampilkan Ungu, Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists