KUALA LUMPUR: Setelah sempat tertunda dua tahun kerana pandemik yang melanda dunia, Kuching Jazz atau Kuching Waterfront Jazz Festival akan kembali pada 28 dan 29 Oktober 2022 ini.
Bakal berlangsung di Waterfront, Grand Margherita Kuching sebagai lokasinya, penganjur juga percaya barisan pemuzik dan penghibur yang dihimpunkan untuk pesta dua malam itu akan memberi kepuasan dan ‘hadiah’ terbaik selepas ‘dunia berehat’.
Ketua Pegawai Eksekutif, Hemisphere Corporation Sdn Bhd selaku penganjur berkata penghibur yang akan menghangatkan festival itu termasuklah bintang dari Indonesia, Afgan, Noryn Aziz, Leon Sapphire, Ta’Dan, Ky Den dan Ushera.
Lebih menarik, kehadiran Phum Viphurit dari Thailand antara yang memang dinantikan banyak penggemar pada festival kali ini.
Begitu juga Freyja Garbett (Australia) dan penampilan Dawn Wong & The Ark Royal dari Singapura yang dijangka akan ‘membawa’ bersama peminat dari negara masing masing untuk berhibur dalam pesta muzik jazz terbesar di Kuching ini.
“Kami di Hemisphere Corporation Sdn. Bhd amat berharap dan percaya Kuching Jazz akan mendapat sambutan hangat selepas dua tahun tidak dianjurkan.
“Dan kami juga percaya peminat festival ini serta genre muzik yang diketengahkan penghibur yang diterbangkan dari beberapa negara seperti Australia, Indonesia, Singapura dan Thailand akan menjadi magnet kepada peminat,” katanya.

Festival selama dua hari itu juga akan dimeriahkan dengan bazar makanan dan jualan kraftangan.
Semua maklumat mengenai jualan tiket atau pass boleh dibeli melalui website www.kuchingjazz.com – GayahIsTyping
You may also like
-
Makar Fest Cipta Sejarah – Issey Berjaya Pujuk M.Nasir Kembali Ke Kota Bharu
-
Mulanya Rakam Untuk Demo – Bila Sedap, Terus Jadi Single ‘Dengan Lafaznya’
-
Kempen ONEXOX Lucky Angpaw Huat Ah – 2.5 Juta Pelanggan Berpeluang Menang Hadiah RM8,888
-
Amy Search Muncul Konsert Solo – Guna Pengarah Muzik Beyonce
-
Along Cham Sah Lafaz Cerai Taklik – Semalam Bebas Tanpa Lepas Kes Dadah