KUALA LUMPUR: Pemenang Anugerah ‘Vokal Terbaik’ dan ‘Persembahan Terbaik’ AJL34, Hafiz Suip, kembali dengan single terbaharu berjudul Sinar Cinta.
Lagu berentak balada itu menyaksikan Hafiz sekali lagi menerima sentuhan Ikhwan Fatanna dan Ayden Ali yang berkolaborasi bersama John Jeevasingham.

Single terbaharu terbitan dan edaran Nova Music itu turut menjadi runut bunyi bagi drama ‘Seindah Tujuh Warna Pelangi’.
“Harapnya Sinar Cinta dapat terus menjadi kesinambungan terhadap penerimaan lagu nyanyian saya dan pastinya setiap naskhah itu mempunyai penceritaan berbeza.

“Mengikut persepsi dan pemahaman saya, lagu ini mengisahkan mengenai kehadiran cinta yang sempurna,” katanya.
Pemenang anugerah ‘Penyanyi Lelaki Popular’, Anugerah Bintang Popular selama tiga tahun berturut-turut sejak edisi ke-24 ini juga sebenarnya teruja menantikan kehadiran cahaya mata keduanya.

“Saya percaya aturan Tuhan itu cantik. Saya menang dua kategori anugerah di AJL 34 selain dapat mencipta rekod empat kali menang trofi Vokal Terbaik menerusi pertandingan itu, lagu Sinar Cinta pula menyusul.
“Lepas ini, anak kedua saya pula akan menemui kami. Semoga segala-galanya akan dipermudahkan. Moga tuah dan rezeki yang diraih akan terus konsisten serta menyebelahi saya,” katanya.

Gayah akui Hafiz ialah seorang yang berada dalam senarai penyanyi terbaik negara. Lontaran vokal dan penghayatan Hafiz berada pada kelas tersendiri.
You may also like
-
M.Nasir Lakar Sejarah – Tampil Konsert Khas Hari Raya
-
Terpaling Raya Jadi Tum Tum Raya – Shiha Zikir Dan Ieda Berkurung 22 Jam Demi Muzik Video
-
Beraya Dengan Biduanita Negara – Siti Nurhaliza Pamer Koleksi Busana Peribadi Sempena Budaya Raya
-
Khai AF Pengsan Tiba-Tiba – Terima Dua Jahitan Di Dahi
-
Elemen Lawak Seram Lagu Raya – ZUS Coffee Lancar Lagu Cerita Malam Raya