KUALA LUMPUR: Band Indonesia yang popular di negara ini menerusi single Asal Kau Bahagia, Armada Band bakal mengadakan konsert sulung Armada First Encounter pada 29 Oktober ini di Zepp KL.
Vokalisnya, Rizal berkata, mereka juga teruja menantikan tanggal bersejarah itu selepas hasrat yang sama terpaksa ditangguhkan sebelum ini.
“Ini bukanlah kali pertama kami hadir ke Malaysia. Namun, kehadiran kami sebelum ini adalah lebih kepada menjayakan rangka promosi untuk lagu dan album. Kali terakhir kami ke Malaysia adalah pada 2018.
“Untuk konsert pertama kami di Malaysia ini, tentunya kami rasa teruja. Pada masa sama, ada juga rasa gemuruh memandangkan, sekarang adalah musim kebanjiran konsert di Malaysia, yang mana sedikit sebanyak memberi tekanan buat kami untuk membuat persembahan.
“Jadi, konsert ini harus berbeza dan memberi impak kepada penonton yang hadir,” katanya.
Tambahnya, mereka juga akan mempersembahkan 15 lagu di samping membawa kejutan istimewa buat peminat.
“Kami akan persembahkan 15 lagu dan konsepnya agak pelbagai. Susunan muzik juga akan diberikan sentuhan baharu yang menarik buat peminat,” katanya sambil memberitahu bakal mengumumkan penyanyi jemputan kelak.
Selain Rizal, Armada juga turut dianggotai Andit dan Mai.
Konsert Armada Band ini ialah projek khas yang dibawakan oleh Hitch Marketing Group dan juga SK One Ventures Sdn Bhd.
Penganjur, Kamalzaini dari SK One Ventures berkata, kehadiran Armada Band ini sekaligus akan mengubat kerinduan peminat mereka di Malaysia.
“Armada Band adalah salah satu band Indonesia yang cukup popular dan ini adalah kali pertama mereka bakal beraksi di Kuala Lumpur selepas konsert sebelum ini terpaksa dibatalkan kerana memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum 2018.
“Mereka akan mempersembahkan lagu-lagu popular mereka antaranya Asal Kau Bahagia, Harusnya Aku, Penantian dan banyak lagi pada malam penuh bermakna itu.
“Justeru, pihak kami memilih untuk menjayakan konsert ini di Kuala Lumpur sekaligus mengubat kerinduan peminat dan penggemar mereka di Malaysia,” katanya.
Berikut ialah senarai harga tiket mengikut zon kaitu BEBASKAN DIRIKU (berdiri) – RM349 (EARLY BIRD RM299), HARUSNYA AKU (berdiri) – RM299 (EARLY BIRD RM249), PENANTIAN – RM349 (EARLY BIRD RM299), ASAL KAU BAHAGIA – RM299 (EARLY BIRD RM249) dan VIP BOX (8 PAX/PRIVATE SEATING/ MEET & GREET/MERCHANDISE) – RM6,999.
Peminat juga boleh dapatkan pas MEET & GREET (terhad untuk 150 orang) berharga RM129 dan kesemua tiket boleh dibeli secara online di www.ticket2u.com.my – GayahIsTyping
You may also like
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan