KUALA LUMPUR : Tayangan drama Hati Yang Dikhianati (HYD) akhirnya disambung semula selepas empat bulan terhenti ekoran pelaksanaan PKP 3.0.
Drama adaptasi ‘Mis Tres Hermanas’ versi Malaysia yang sudah ditayangkan 40 episod ini bakal menemui penonton menerusi slot Tiara pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai petang ini.
Sementara itu, pengarah terkenal, Bade Hj. Azmi telah diberi kepercayaan untuk memikul tugas sebagai pengarah bagi menggantikan sutradara Riza Baharuddin.
Penglibatan Riza selaku pengarah adalah bermula episod pertama sehingga episod ke-35. Manakala Bade pula mengambil alih untuk meneruskan penggambaran bagi episod ke-36 dan seterusnya.
Drama ‘HYD’ mengetengahkan format interaktif ‘open-ended’ yang memberikan kuasa kepada netizen untuk menentukan plot twist dan kesudahan drama tersebut.
Jalan penceritaan dan pembinaan watak turut dipengaruhi oleh maklum balas audiens dan rekod jumlah tontonan dari semasa ke semasa. Jumlah keseluruhan episod untuk drama adaptasi ini juga turut bergantung kepada penerimaan penonton.
Pengurus Saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Salleh berkata, pihaknya lega apabila kerajaan memberikan kelonggaran sekaligus dapat meneruskan sektor kreatif.
“Alhamdulillah, setelah sekian lama direhatkan akhirnya naskhah ini kembali bersiaran.
“Kelonggaran ini juga memberi sinar kepada kami untuk terus membawakan pelbagai kandungan serba baharu yang pastinya di tunggu-tunggu,” katanya.
Bade pula berbesar hati dengan peluang yang diberikan kepadanya namun pada masa mengakui ia juga adalah satu cabaran baginya.
“Saya amat berbesar hati kerana diberikan kepercayaan dan tanggungjawab untuk menyiapkan naskhah ikonik ‘Mis Tres Hermanas’ yang kini diadaptasi untuk versi tempatan.
“Cabarannya di sini ialah untuk menyuntik elemen budaya tempatan agar sesuai dengan sensitiviti dan adab resam masyarakat di Malaysia yang agak terbatas,” katanya.
Antara barisan pelakon yang membintangi drama bersiri ini termasuklah Isyariana, Amar Baharin, Mona Allen, Zamarul Hisham, Che Puan Syamim Farid, Afifah Nasir dan Shah Iskandar.
You may also like
-
Terima Kasih Suria FM – Buka Peluang Penyanyi Dikir Kelantan Ketengahkan Bakat
-
Abang Bomba Pendengar Setia Suria FM – Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire Tarik Peminat Brunei, Singapura
-
Baim Wong Bawa Anna Jobling Ke Indonesia – Terima Tiga Tawaran Selepas Lembayung
-
Misi Nekad Aina Abdul – Anjur Konsert Jelajah Dengan Dana Sendiri Selepas ‘Rejection’ Dan ‘False Hope’
-
Cincin Adira Laris – Terjual 400 Unit Selepas Dilancarkan