KUALA LUMPUR : Armani Entertainment Group (AEG) membawakan The Audition 2021 iaitu pertandingan pencarian bakat baharu rakyat Malaysia.
Pertandingan ini diadakan untuk mencungkil bakat peserta dalam pelbagai bidang seni seperti nyanyian, tarian, lakonan dan berlawak.
Ketua Pegawai Eksekutif AEG, Datuk KK Chua, berkata bagi memastikan program ini memenuhi kehendak pasaran hiburan tanah air AEG melantik pengarah dan penerbit drama terkenal iaitu Michael Ang sebagai Rakan Strategik.
“Kami yakin dengan kemampuan yang pada Michael Ang, sinergi mereka akan menjadi hebat dalam mencapai objektif melahirkan bintang baru dalam industri hiburan tanah air.
“Dunia hiburan tanah air perlukan bakat-bakat baru yang mampu menyerlahkan kemampuan, kehebatan dan lebih berdaya saying,” katanya.
The Auditon 2021 bermula dengan uji bakat dalam talian di Instagram dan peserta yang video mereka disenarai pendek sahaja akan dipanggil menjalani uji bakat secara langsung di hadapan hakim profesional.
Barisan hakim terdiri daripada selebriti terkenal tanah air termasuk Datuk Rosyam Nor, Michael Ang, Nabila
Razali, Rozita Che Wan, Wany Hasrita, Sufian Suhaimi, Amira Othman, Izzue Islam dan Dynas Mokhtar.
Uji bakat itu akan diadakan di enam lokasi terpilih iaitu Kuala Lumpur, Kuantan (Pahang) Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Terengganu dan Kota
Kinabalu (Sabah).
Pemenang The Auditon 2021 akan menerima kontrak dari AEG bernilai RM50,000 dan kelas nyanyian serta lakonan bernilai RM10,000.
Juara juga akan dapat merakamkan single ciptaan komposer muzik terkenal dan pembikinan muzik video.
Kepada mereka yang memiliki bakat lakonan pula akan diberi peluang mengasah bakat berlakon dalam drama terbitan dan arahan Michael Ang.
Tarikh Uji Bakat Secara Langsung
17 Oktober 2021 (Kuala Lumpur)
24 Oktober 2021 (Kuantan, Pahang)
31 Oktober 2021 (Johor Bharu)
14 November 2021 (Kota Kinabalu, Sabah)
20 November 2021 (Terengganu)
28 November 2021 (Pulau Pinang)
12 Disember 2021 (Final)
Gayah seronok tengok industri hiburan kembali meriah.
You may also like
-
Ibu Scha Al-Yahya Meninggal Dunia – Awal Kongsi Kehilangan Ibu Mentua di IG Story
-
Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024 – Pentas Pemuzik Terbaik Negara
-
Wawa Belanja 100,000 Unit Sunscreen Kanak-Kanak – Lancar Sempena Hari Lahir Anak
-
Janji Hadiah 25 Tahun Dayang Nurfaizah – Turut Dedikasi Buat Iman Imran
-
Jangan Pandang Belakang 2 – Jin Tak Perlu Jaga Manusia