KUALA LUMPUR: Meskipun berdepan dengan kekangan SOP pandemik Covid-19, bukanlah alasan untuk stesen Astro menerusi saluran Ceria tidak tampil dengan sebarangan program baharu, malah mereka menyahut cabaran dengan rancangan game show Ceria Xtra #DudukRumah bermula 10 September ini di saluran berkenaan pada setiap Jumaat.
Game Show ini menampilkan kelainan dan antara usaha terbaik apabila rakamannya dibuat secara maya melalui aplikasi atas talian terhadap semua peserta dan episod yang ditampilkan.
Program berformat ‘family variety’ atau variasi famili ini menampilkan pengacara Wafiy Ilhan di mana setiap episod, dua selebriti popular akan diangkat sebagai Kapten dan mereka akan membentuk kumpulan masing-masing, bersaing beberapa permainan, yang dijalankan secara maya, dari kediaman masing-masing.

Pengurus Saluran Astro Ceria, Cecilia Wong, berkata, Ceria Xtra #DudukRumah merupakan sebuah program ‘game show’ keluarga yang bersifat interaktif dan
boleh dimainkan semula bersama seisi keluarga bagi mengisi masa masing-masing di kala musim pandemik ini. Ia juga bertujuan untuk memberi semangat kepada kita semua untuk terus kuat menempuhi fasa ini.
“Keadaan pandemik yang masih melanda negara mahupun dunia ini secara tidak langsung turut memberi tamparan hebat kepada kami, pemain industri kreatif tanah air. Kami perlu berfikiran luar dari kotak dan lari dari kebiasaan demi memastikan penonton dapat terus menikmati sajian kandungan yang segar dan penuh variasi dari masa ke masa.
“Justeru, cabaran disahut dan kami sekali lagi bergandingan dengan rumah produksi, Red Communications Sdn Bhd untuk menghasilkan sebuah lagi program baharu yang diyakini mampu menghiburkan hati adik-adik sekeluarga, di sebalik musim pandemik ini, ” katanya kepada Gayah.

Di antara ‘game’ atau permainan yang akan dimainkan peserta adalah ‘Siapa Lagi Xtra’, ‘Lukis Sarkis’, ‘Keluarga Mithali’, ‘Bisikan Manja’, ‘Lagu Apa Ini’, ‘Emojikan Hidupmu’, ‘Hujung-Hujung Nyawa’, ‘Pape Roger’ dan banyak lagi. Ceria Xtra #DudukRumah yang bakal bersiaran sebanyak lapan episod dan berdurasi selama satu jam setiap episod ini diarahkan oleh Shamyl Othman manakala Lina Tan bertindak sebagai Penerbit Eksekutif.

Game show ini membabitkan seramai 16 orang selebriti sensasi tanah air seperti Dato’ AC Mizal, Nabila Huda, Mark Adam, Ajak Shiro, Shahrol Shiro, Sean Lee, Sarah Suhairi, Atu Zero, Zulin Aziz, Meerqeen, Norreen Iman, Erissa Puteri, Fikry Kiki, Bibi Qairina, Coki dan Aisar Khaled.
Sementara itu Shamyl berkata, walaupun berdepan cabaran dan hal teknikal sepanjang penggambaran semua pihak memberikan kerjasama yang baik dan menjayakan rancangan itu.

“Memang bukan mudah dan kita semua masih mahu membiasakan diri. Agak mencabar namun alhamdulillah kami berjaya menyiapkannya,” katanya.
Gayah tabik dengan team Astro ini, bukan mudah yang kerja produksi secara atas talian.
You may also like
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan