KUALA LUMPUR: Jenama pelitup muka Himaya melancarkan edisi terbaharunya khas untuk pelakon sensasi Rozita Che Wan yang terkenal sebagai seorang fashionista.
Pelitup muka berwarna Blush Rose (merah samar) diperkenalkan sempena perlantikkan Rozita atau Che Ta sebagai duta mereka yang terbaharu.
Lebih istimewa, pelitup muka itu juga bakal seiring dengan kempen sumbangan Himaya kepada Majlis Kanser Negara (Makna) sempena bulan kesedaran kanser pada setiap Oktober iaitu bulan depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Anggun Kirana Sdn Bhd (syarikat pengeluar jenama Himaya) , Datuk KK Chua berkata pemilihan Che Ta paling tepat kerana diri wanita itu yang sering tampil bergaya.
Selain itu, Che Ta juga dilihat sentiasa membawakan mesej positif serta sesuai dengan kempen bersama Makna.
“Kalau tanya kenapa Makna pula, jujurnya pesakit kanser begitu dekat dengan saya kerana saya kehilangan dua insan iaitu bapa mertua dan makcik saya akibat penyakit ini.
” Saya mahu bersama dengan pembeli menyumbangkan semula kepada komuniti dan Makna paling sesuai dengan produk kami,” katanya kepada Gayah.
Sebanyak RM2 akan disalurkan kepada tabung Makna bagi setiap kotak pembeli mask bermula 7 September sehingga 31 Oktober ini.
KK Chua berkata Himaya Premium Hijab Medical Face Mask (Himaya) menepati kedua-dua keperluan iaitu cantik, bergaya dan menjaga kesihatan.
Himaya juga mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kelulusan Medical Device Authority (MDA)
Pelitup muka itu juga dilengkapi head-loop untuk keselesaan maksimum, berbeza dengan kebanyakkan pelitup muka ear-loop, serta diiktiraf Asia Halal Brand Awards (AHBA)
Sementara itu, Che Ta mengakui tertarik dengan tawaran Himaya kerana turut membabitkan sumbangan amal kepada Makna.
Sebagai wanita, pelakon Kiah Pekasam ini terpanggil untuk sama-sama membantu serta menyebarkan mesej yang baik untuk kesihatan wanita.
“Mak saya sebagai contoh, sangat prihatin dengan tahap kesihatan serta sering melakukan pemeriksaan berkala.
“Saya juga akan contoh mak saya serta bersama-sama mengajak semua wanita agar mengambil berat dengan kesihatan diri,” katanya.
Che Ta menambah, sebagai wanita yang gemar berfesyen, dia mengambil berat mengenai warna pelitup muka supaya sering dengan baju yang dipakai.
Sebagai contoh, Himaya menjadi pilihan kerana mempunyai pelbagai warna serta mudah untuk dipakai oleh mereka yang berhijab mahupun tidak serta mengurangkan tekanan di bahagian telinga.
“Saya ada semua warna mask Himaya dan saya setuju kerana ia sangat selesa, tidak leceh untuk dipakai.
“Pelitup muka Himaya juga tidak berbulu dan tidak gatal hidung,” katanya.
Himaya boleh didapati di semua farmasi Caring dan juga ejen berdaftar malah membuka peluang kepada yang berminat menjadi ejen.
Gayah pun pilih head-loop. Tak suka melekat belakang telinga.
You may also like
-
Survival Seni Sissy Iman – Lupakan Tas Tangan Mewah Demi Sebuah Impian
-
‘King Of Grill BBQ Buffet Dinner’ – Selera Premium Berpatutan Di The Pearl Kuala Lumpur
-
Magika Seorang Melly Goeslow – Kepuasan Total Seisi Panggung
-
Ziana Zain Pemilik Definisi Diva Sebenar – 56 Years Old And Still Standing Strong
-
Survival Seni Siti Nordiana – 25 Tahun Dan Terus Mekar