January 23, 2025

Frontliner : The Untold Story

Kisah Benar Sisi Lain Wira Barisan Hadapan yang ramai mungkin tidak sedar.

Filem Televisyen Frontliner

KUALA LUMPUR : Semua sudah maklum pengorbanan wira barisan hadapan dalam berdepan perjuangan bertempur dengan pandemik Covid-19 sejak Mac lalu.

Pengarah dan penulis skrip Frontliner .

Namun, kita mungkin lupa mereka juga manusia biasa yang ada kisah rutin sama seperti kita semua termasuk hal berkaitan konflik kehidupan.

D’ Alphalegacy M Sdn Bhd mengambil peluang mengangkat kisah benar mengenai wira-wira ini dalam naskhah bertajuk Frontliner yang bakal disiarkan di Astro First Eksklusif 480 pada Oktober ini.

Pengarah D’Alphalegacy yang juga penulis Filem Televisyen (FTV) Frontliner, A’minahtul Marrdiah berkata, memang agak mencabar untuk mengumpulkan pelbagai kisah dalam sebuah FTV dengan durasi terhad.

“Apa yang pasti saya memilih beberapa kisah benar yang berlaku tentang Frontliner kita yang mungkin masyrakat lupa.

Antara babak lakonan mantap Azhan Rani.

“Saya kumpul dan saya cantumkan kisah-kisah yang saya dengar dan lihat sendiri menjadi sebuah naskhah sehingga lahirnya Frontliner,” katanya kepada Gayah.

Mesra disapa Min, katanya produksi juga bertuah mendapat sentuhan pengarah Ajiboy yang faham mengenai apa yang cuba disampaikan dalam naskhah itu.

Gandingan Beto dan Farah yang pastinya memberikan impak kepada Frontliner.

Ajiboy ketika ditanya berkata FTV Frontliner, bukan hanya tertumpu kepada pengorbanan pejuang barisan hadapan di
lapangan tugas tetapi lebih kepada konflik dalaman yang dialami oleh
mereka.

“Cabaran dan tanggungjawab yang harus mereka pikul amat berat. Namun mereka harus kuat dan tabah untuk terus berjuang.

“Selain tuntutan tugas, golongan frontliner juga turut tertekan kerana mereka juga mempunyai keluarga dan masalah seperti kita yang mungkin tidak disedari oleh orang lain,” katanya.

Selain itu, pelbagai isu-isu sampingan sewaktu fasa PKP termasuk isu golongan kluster tabligh dan kluster kayangan yang sebenarnya turut berasa tertekan juga diselitkan untuk merancakkan lagi keseluruhan penceritaan.

Gayah yakin naskhah menarik lakonan hebat Beto Kusyairy, Azhan Rani, Farah Ahmad, Wan Maimunah, Achey dan Black wajar ditonton memandangkan Frontliner satu sejarah arus modenisasi manusia sedunia.

Karya ini juga wajar dijadikan iktibar bagi kita semua yang masih belum menang menentang pengganas virus mutasi Covid-19.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts