SHAH ALAM: Jika momentum persembahan lima peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) yang mendapat markah teratas mampu mengekalkan momentum nyanyian dan persembah mereka, tahap industri hiburan boleh berubah.
Malah, kesemua mereka iaitu Jaclyn Victor, Shila Amzah, Tomok, Dina dan Bob menunjukkan mereka mempunya bakat anugerah Tuhan yang hebat.
Maka tidak hairan, mereka mampu membantu mengubah taraf industri muzik tempatan menjadi lebih baik.
Perkara itu diakui sendiri oleh Ketua Juri Datuk Ramli MS.
“Jika mereka memberikan persembahan sebegini saya rasa tahap industri muzik boleh berubah,” katanya.
Mengulas persembahan Jaclyn atau mesra disapa Jac, beliau berkata nyanyian yang dipaparkan penyanyi itu luar biasa dan membanggakan.
“Saya melihat dia dari aspek penghibur dia sepatutnya berada di luar negara,” katanya.
Sementara itu, malam ini di konsert kedua bakal menyaksikan perjuangan sebenar kesemua 13 peserta dengan tugasan menyampaikan lagu bukan nyanyian sendiri.
GV9 buat kali pertama membuka pintu kepada penyanyi yang masih aktif dalam industri.
Elly Mazlien juga muncul menggantikan Jihan Muse sebagai hos serta berjaya melunaskan tanggungjawab dengan cemerlang pada minggu pertama.
Perkara itu turut diakui oleh wakil saluran Astro Ria. – GayahIsTyping
You may also like
-
Makar Fest Cipta Sejarah – Issey Berjaya Pujuk M.Nasir Kembali Ke Kota Bharu
-
Mulanya Rakam Untuk Demo – Bila Sedap, Terus Jadi Single ‘Dengan Lafaznya’
-
Amy Search Muncul Konsert Solo – Guna Pengarah Muzik Beyonce
-
Along Cham Sah Lafaz Cerai Taklik – Semalam Bebas Tanpa Lepas Kes Dadah
-
Sekuel Konsert Galau The Finale -Tampilkan Ungu, Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists