October 11, 2024

Azzam Lega Adik Teman Ibu

KUALA LUMPUR: Penyanyi Azzam Sham melahirkan rasa lega apabila adiknya yang positif Covid-19 ditempatkan satu dewan dengan ibunya di MAEPS, Serdang.

Azzam berkata dia bersyukur kerana adiknya itu dapat memantau ibu sementara masing-masing mendapatkan rawatan di pusat yang sama.

Ibu dan ayah Azzam terlebih dulu ditahan di pusat berkenaan selepas disahkan positif virus itu sejak minggu lalu.

“Saya bersyukur bila dapat tahu adik perempuan saya ditempatkan satu dewan dengan ibu. Setidak-tidak adik boleh tengokkan ibu.

“Saya juga sudah buat panggilan video dengan mereka dan saya doakan semua mereka termasuk ayah saya segera sembuh,” katanya.

Sebagai abang sulung, penyanyi ini akui dia perlu kuat menempuh ujian yang sedang melanda keluarganya.

 

Azzam berkata, dia risau kerana dimaklumkan keadaan dengupan jantung ibunya yang laju.

“Saya risau dengan keadaan orang tua saya. Terutama ibu kerana dengupan jantung yang tidak begitu stabil.

Azzam berkongsi tangkapan perbualan bersama ibu dan adiknya.

“Saya mohon semua agar mendoakan ibu dan ayah serta adik saya agar kembali sembuh dan lekas pulang ke rumah,” katanya ketika dihubungi Gayah.

Ayahnya, Lop Hisham Piai, 52 dan ibu Yusnita Yusop, 45 yang sudah lengkap dua dos vaksin disahkan positif Covid-19 pada Selasa minggu lalu.

Lebih menyedihkan dia turut kehilangan datuknya akibat komplikasi jantung pada hari sama.

Azzam bersama keluarga.

Penyanyi lagu Cinta Jangan Pergi itu juga berharap semua pihak termasuk peminatnya dapat mendoakan keluarganya yang diuji dengan penyakit berkenaan.

Gayah doakan semuanya baik-baik sahaja buat Azzam dan keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts