Kalau diimbas era muzik 90-an, nama kumpulan seperti Kristal, Q-Face, Boboy, New Boyz dan Spin begitu sinonim dengan anak-anak muda yang layan lagu-lagu popular mereka.
Menyedari fenomena itu, orang kuat stesen radio Gegar, Raja Nadia Salwana berkata, stesen berkenaan menjemput penyanyi dari kumpulan berkenaan dalam satu segmen khas muzik 90-an baru-baru ini.
Empat vokalis iaitu Lan, Fairuz, Naqiu dan Tomok diundang ke studio Gegar dan menyampaikan rangkaian lagu popular mereka iaitu Seragam Hitam, Izikanlah, Episod Cinta dan Sejarah Mungkin Berulang.

“Kita menerima banyak permintaan dan respon yang baik terhadap lagu-lagu mereka jadi kita buat ala reunion untuk mereka persembahkan lagu popular satu ketika dulu.
“Ternyata kami mendapat respon yang sangat baik dan jumlah tontonan juga terus bertambah di laman YouTube,” katanya.

Lebih manis dan menyentuh hati, apabila di akhir video, mereka turut menyanyikan lagu popular nyanyian kumpulan Spin, Janji Kita sebagai tribute untuk allahyarham vokalis kumpulan itu, Achik.
Gayah pun terkejut tengok muka vokalis selain Lan dan Tomok. Lain dah, maklumlah sedang hati manusia boleh berubah-ubah, inikan pula wajah. Tak Korea kita ke Thailand. Tak payahlah Gayah pun.

Jom tonton video yang sudah mencecah 700,000 tontonan. Klik https://www.youtube.com/watch?v=mSuyTGsPN7I
You may also like
-
Komedi Islamik Dalam Isan Nikah – Filem Tentang Halangan Perkahwinan Gadis Muslim Dan Jejaka Buddha
-
DiA Misha Omar Riwayat Cinta 20 Tahun Buat Semua – Hitam Putih Perjalanan Karier Seni
-
AMT 2025 Catat Lepasi 1 Juta Undian Rasmi – Impak Luar Biasa Sokongan Peminat
-
Keluang Man Kini Di Astro First – Juga Boleh Di Tonton Di Sooka
-
Akhirnya Amir Masdi Dedah Bakal Kekasih – Rakam Muzik Video Di Manchester