KUALA LUMPUR: Baik Kaka Azraff mahupun Jaz Hayat, masing-masing bukanlah dari genre Balada, namun hal itu tidak menjadi alasan untuk mereka menyahut cabaran membawakan lagu Karma yang sarat dengan emosi.
Kedua-duanya juga senada berkongsi, ada bimbang dalam hati mereka untuk menyampikan lagu berkenaan.
Ternyata, percubaan berani kedua-dua mereka membuahkan hasil kerana lagu Karma nyanyian mereka diterima baik peminat yang memuji koloborasi itu.
Bagi Kaka, Farouk Roman selaku pencipta banyak membantu memberikan mood ketika rakaman lagu berkenaan di studio selain memberikan sepenuh penghayatn pada lirik tulisan Aisha Retno.
“Saya menghayati lirik serta bertanya kepada pencipta untuk menyampaikan lagu Karma. Jujurnya risau juga sebab ini kali pertama saya bawakan lagu seperti ini.
“Single Karma sangat berbeza dengan lagu sebelum kerana tak pernah terbayang akan nyanyikan lagu genre ini tapi saya gembira dengan mahu mencubanya,” katanya kepada Gayah.
Jaz juga seperti Kaka, mencuba satu yang baharu untuk lagu ini kerana lebih dikenali dengan lagu berentak berbeza.
“Kami rakamkan secara berasingan kerana situasi Covid-19 yang melanda kedua-dua buah negara. Kami masing-masing teruja untuk mendengar hasilnya. Saya gembira kerana mendapat reaksi yang baik,” katanya.
Single Karma menjadi lagu runut bunyi drama yang mencipta fenomena tersendiri, Takdir Yang Tertulis arahan pengarah, Shahrulezad Mohameddin dibintangi Nazim Othman, Nad Zainal, Elvina Mohamad dan Alvin Chong di slot Samarinda di TV3.
Kaka merakamkan single Karma pada 29 Oktober lalu, manakala Jaz merakamkan bahagiannya pada 5 November lalu.
Kaka yang dikenali menerusi lagu Bukan Hal Aku menganggap gandingan bersama Jaz satu pengalaman baharu dan menarik baginya.
Senada dengan Kaka, Jaz penyanyi kelahiran Brunei yang nama sebenarnya, Muhammad Abdul Aziz Mubarak, kini bertapak di Indonesia, sangat berbesar hati apabila diberi peluang terbabit dalam projek duet itu.
Lebih-lebih lagi apabila digandingkan dengan Kaka yang sememangnya sudah mempunyai nama kukuh dalam persada muzik tempatan.
“Saya berterima kasih dengan peluang diberikan Sony Music berkolaborasi dengan Kaka. Ia satu penghormatan sangat bermakna kerana ia jauh berbeza dengan projek lain pernah dijayakan sebelum ini,” katanya.
Gayah senang dengan lagu Karma ini yang mirip tajuk lagu kumpulan Cokelat. Tapi yang pasti,single ini bunyinya berbaza. Serupa tapi tak sama.
You may also like
-
Fattah Fazura Cerai: Nafi Curang, Tak Sangka Buka Aib
-
Fazura Fattah Cerai – Abai Nafkah, Tiada Persefahaman Dan Curang
-
Terima Kasih Suria FM – Buka Peluang Penyanyi Dikir Kelantan Ketengahkan Bakat
-
Abang Bomba Pendengar Setia Suria FM – Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire Tarik Peminat Brunei, Singapura
-
Baim Wong Bawa Anna Jobling Ke Indonesia – Terima Tiga Tawaran Selepas Lembayung