KUALA LUMPUR : Stesen Radio Gegar sentiasa prihatin terhadap pendengarnya di Pantai Timur dalam apa juga keadaan termasuk dalam berdepan dengan bencana alam.
Pengurus Kandungan Gegar Raja Nadia Salwana berkata, saban tahun stesen itu pasti berusaha membantu pendengar yang berdepan dengan kejadian banjir.

Tahun ini, ekoran pandemik Covid-19 yang melanda dan bagi mematuhi SOP, Gegar berbesar hati mengirimkan Kit Kecemasan Banjir Gegar.
Kit berkenaan disampaikan oleh penyampai Gegar kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia untuk disalurkan kepada mangsa terlibat.
“Kami memang akan hulur bantuan kerana sudah maklum kejadian banjir yang melanda kawasan Pantai Timur menjelang hujung tahun.
“Kebiasaannya kami di Gegar akan sama-sama turun ke lokasi kejadian untuk membantu apa yang termampu,” katanya.
Kit Kecemasan Banjir Gegar itu mengandungi:
- Beg Kalis Air
- Tuala Mandi
- Kain Batik/Pelikat
- Baju Hujan
- Hand Sanitizer
- Pelitup Muka
Raja Nadia berkata, Gegar berharap sumbangan itu mampu membantu pendengar yang berdepan benca banjir dalam situasi sukar ini.
Gayah sentiasa seronok dengan Gegar stesen yang selalu berusaha mendekati pendengar. Syabas Gegar!