KUALA LUMPUR: Penyanyi barisan baharu berbakat besar, Aisha Retno muncul dengan single terkini berjudul Sutera.
Gadis berketurunan Malaysia-Indonesia itu nyata tidak mensia-siakan kacukan ‘dua darah’ yang mengalir dalam tubuhnya sementelah mengetengahkan irama muzik Melayu Jawa, di samping suntikan nuansa moden.
“Lagu ini sangat catchy dan kedengaran lebih istimewa apabila terdapat elemen etnik diadun ke dalam melodinya.
“Di sebalik bunyi etnik tradisional warisan Melayu Nusantara, lagu ini juga disulam rentak EDM yang menjadikannya segar untuk didengar telinga peminat muzik serumpun,” katanya teruja.
Pada masa sama, Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 22, turut mengambil inisiatif sendiri apabila mengajak para peminat mengambil bahagian dalam cabaran tarian.
“Seperti kebanyakan penyanyi yang berusaha mempromosikan lagu masing-masing, saya juga sama dengan mengadakan dance challenge.
“Peminat hanya perlu menyanyi lagu ini sambil menari mengikut gerak tari yang dipersembahkan dalam video muzik Sutera di YouTube,” katanya mengajak semua pihak yang berminat menyertai Sutera Dance Challenge.
Aisha berkata, video muzik rasmi yang dimuat naik pada 29 Julai lalu boleh ditonton di saluran YouTube Aisha Retno.
Sutera ciptaan penuh dirinya sendiri, di samping sekumpulan komposer muda yang kini khidmat mereka semakin diintai ramai iaitu MFMF. – GayahIsTyping.
You may also like
-
Aina Abdul : Bukit Bintang Done, Bukit Jalil Next!
-
Konsert Milenia Ditunda Ke 25 November, Tampil Persiapan Lebih Meriah
-
Kongsi Kemesraan Dengan Suami Bawa Tuah Pada Fasha Sandha
-
Liza Hanim Sedia Bersaing – Ziana Zain Iktiraf Liza Bak Berlian
-
Kesemua Pelakon Walid Boleh Bersilat – Filem Angkat Seni Mempertahan Diri Melayu