November 27, 2022

Dari Tiada Tempat Tidur, Kini ‘Tauke’ Produk

Takdir dirinya menjadi OKU selepas terbabit dalam kemalangan hingga hilang punca pendapatan hadir beserta hikmah.

Wanita ini juga pernah terpaksa menumpang tidur di butik akibat ditipu, malah lebih malang suaminya juga diuji musibah kemalangan.

Kisah hampir sedekad lalu, tidak mematahkan semangat Siti Mariam Ismail yang menepis semua dugaan sehingga kini bergelar ‘tauke’ perniagaan produk makanan tambahan.

“Biarpun pernah ditipu ribuan ringgit, dicemuh, suami isteri ditimpa kemalangan, namun saya berjaya tempuhi dengan izin-Nya,” katanya kepada Gayah.

Lebih mesra disapa Siti, wanita ini berkongsi kemalangan yang membuatkan dia tidak mampu bergerak seperti biasa
suatu ketika dahulu.

Bersama suami Wan Azli yang banyak menyokong.

Menganggap rezeki buat dirinya, Siti mengakui dirinya testimoni terbaik produk C-MARY Gluta Colla.

Baginya, dia bersyukur kerana sudah mampu untuk berjalan tanpa perlu lagi menggunakan bantuan tongkat.

Anak kelahiran Jerteh, Terengganu ini berkata C-MARY Gluta Colla mampu meningkatkan sistem imun badan,
membantu merawat sakit lutut dan lenguh badan serta meningkatkan antioksidan yang tinggi.

Rumusan C-MARY Gluta Colla diperkaya dengan Glutathione, kolagen Ikan Tilapia, Vitamin C serta didatangkan dengan tablet berperisa buah Strawberi.

Produk ini juga disahkan oleh SIRIM dan mendapat kelulusan Halal dari JAKIM selain turut berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (MAL19106077NC).

 

Siti turut menyimpan hasrat menghadiahkan produknya itu kepada petugas barisan hadapan yang banyak berkorban membantu mengawal penularan wabak Covid-19.

“Sebenarnya saya dah merancang untuk memberikan produk C-MARY kepada
frontliners memandangkan kandungan produk ini mengandungi Vitamin C membantu menaikkan antibodi badan.

“Namun malangnya, produk kami kehabisan stok ketika itu dan disebabkan PKP. Hasrat ini akan diteruskan sebaik stok sampai,” katanya.

Produk C-MARY Gluta Colla boleh didapati menerusi pembelian secara atas talian
Instagram rasmi mereka

https://www.instagram.com/cmaryhq/ atau hubungi terus di aplikasi Whatsapp http://www.wasap.my/601133403769/Cmary

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts