KUALA LUMPUR: Usahawan selebriti Datuk Seri Vida (DSV) berkata meskipun Azwan Ali membuat tuntutan maaf, tidak beerti pihaknya tidak meneruskan tindakan saman malu.
Beliau berkata, tindakan mencemuh terhadap dirinya, anaknya Cik B (Edlynn Zamilleen Muhammad Amin) serta dua arwah anaknya sangat keterlaluan.
“Saya sudah lama lupakan kisah hitam tragedi arwah anak saya, kenapa kena hina. Apa perasaan kalau dia juga dihina.
“Bahasa yang digunakan memalukan dan sangat kesat serta memberikan kesan kepada emosi dan kredibiliti saya serta keluarga,” katanya dalam nada sebak.
DSV menerusi peguamnya, Adnan menuntut Azwan memohon maaf secara terbuka dan memadam semua muat naik yang menghina usahawan kosmetik itu.
Permohonan tempoh 48 jam itu juga perlu dilakukan tanpa membuat sebarang komen menghina selepas tindakan itu.
Kemelut berlaku apabila Azwan dikatakan tidak puas hati ekoran tidak mendapat bayaran selepas muncul di karnival anjuran DSV dan Cik B.
Azwan memuat naik entri membakar minyak wangi dan selendang pemberian DSV sambil menghina dengan kata-kata kesat.
Cik B ketika ditemui berkata, dia terkejut dengan perbuatan Azwan yang disifatkan baik ketika berjumpa sebelum ini.
“Saya minat Uncle Azwan, tak sangka dia boleh menghina sampai macam itu sekali. Saya pun terdiam bila tengok,” katanya.
Cik B berkata, dia tidak marah cuba sebagai anak dia akan sentiasa mempertahankan ibunya.
“Saya takkan buat seperti apa yang Uncle Azwan buat, tapi saya akan jaga ibu saya. Sebagai anak kita kena protective,” katanya.
Gayah hanya berharap semuanya berakhir dengan baik.