November 27, 2022

TokTi Masuk Hospital

KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza terus dimasukkan ke wad sebaik selesai membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) malam Ahad.

Solekan: Epie Temerloh. Foto: Blackpepper Production.

Siti Nurhaliza yang juga mesra disapa TokTi, muncul membuat penampilan istimewa pada persembahan Bob Yusof yang mendendangkan lagu Anta Permana nyanyian asal dirinya.

Siti ketika tampil membuat kejutan sebagai penampilan istimewa. Foto: Mohd Asri (@asripalong)

Persembahan kejutan itu mendapat sokongan dan tepukan gemuruh seluruh isi Axia Arena di Bukit Jalil dan menjawab teka teki sebelum ini.

“Alhamdulillah, selesai persembahan di AJL, saya terus masuk wad untuk menjalani minor operation pagi tadi.

“Syukur, semuanya berjalan lancar,” kongsi Siti Nurhaliza di muat naik Instagram Stories akaunnya.

IG Stories di akaun @ctdk.

Muat naik itu dikongsikan di akaun Instagram miliknya @ctdk kira-kira empat jam lalu.

Siti Nurhaliza turut mengucapkan terima kasih kepada Aiman (pemandu peribadinya) yang menjaga makan beliau.

Gayah berharap dan mendoakan semoga TokTi lekas sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

Ramai yang kecewa apabila berlaku kesilapan teknikal pada persembahan Siti Nurhaliza semalam apabila mikrofonnya tidak kedengaran di siaran televisyen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts