September 13, 2024

Jangan Mudah Percaya! – Haneesya

Biarpun hanya mampu merasa gelaran Dewi Remaja untuk tempoh empat hari sahaja, ia pastinya momen manis bagi gadis bernama Haneesya.

Seantero Malaysia khasnya, sudah maklum, buat pertama kalinya gelaran Dewi Remaja 2018/2019 yang dimilikinya ditarik balik ekoran kontroversi klip video yang viral membabitkan diri gadis berkulit hitam manis ini.

Foto Media Hiburan

Gayah tidak suka menilai jauh sekali menghukum. Apa yang nyata ini semua satu pengajaran paling bermakna buat anak gadis berusia 18 tahun yang baru mahu mengenal dunia.

Siapa yang tidak pernah lakukan kesilapan. Takdirnya Haneesya diuji berbanding ramai lagi yang depan khalayak lain, belakang jauh lagi bezanya. Biarlah, kita juga manusia yang tidak sempurna.

Apa yang menarik, Haneesya berani tampil dan mengaku mengenai perbuatan dan keterlanjuran sikapnya, berbanding sesetengah yang dengan mudah menafikan dan yakin mengatakan ia adalah video yang disunting.

Dalam sidang media semalam, Gayah tertarik apabila Haneesya mengakui kesilapannya sambil meninggalkan satu pesanan yang wajar diingati oleh semua.

“Saya mengaku saya bersalah dan tindakan saya tidak wajar.

“Saya juga ingin ingatkan jangan mudah percaya sesiapa pun, walaupun kawan baik sekali pun ataupun mereka yang rapat dengan kita,” katanya dalam nada sebak.

Untuk Haneesya, teruskan langkah dan jadikan pengajaran. Kalau kita betul-betul mahu perbaiki diri dan menyesal dengan apa yang berlaku, ada ganjaran yang besar menanti.

Jujurnya, melihat Haneesya, Gayah yakin she gonna grow big. She is just the next big thing. Bring it on girl!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts