November 27, 2022

Super Shajila!

Bila sebut kerjaya dalam bidang media, ramai dengan spontan menganggap ia adalah dunia penuh glamor dan menyeronokkan.

Tidak dinafikan, memang banyak yang menarik. Kalau ditanya pada rakan-rakan Gayah pun, mereka akui hal itu, namun banyak juga berdepan dengan cabaran.

Hakikatnya, bukan 24 jam manis bak gula, realiti hidup kita akan berdepan dengan macam-macam perkara dan karenah.

Viral baru-baru ini, kisah Shajila seorang wartawan dan jurukamera dari Stesen TV Kairali, berdepan dengan provokasi pekerja yang sedang membuat tunjuk perasaan di sebuah kilang.

Shajila tabah berdepan dengan mereka. Dalam linangan air mata wanita yang dalam persalinan kurta dan selendang ini menggenggam erat kamera di tangannya dan merakamkan bahan untuk siaran berita.

Gayah memang respek dengan Shajila. You are one of a kind!

Jadi, untuk anda semua bukan senang nak jadi orang media. Ilmu, fizikal dan mental kena kuat. Bukan untuk lawa-lawa dan cantik sahaja.

Gayah ingat lagi (nak juga) pernah dikejar dengan parang apabila ditugaskan untuk temubual keluarga adik beradik yang meninggal dunia dalam kemalangan selepas merompak. Mujur selamat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts