Filem Sarawak yang mendapat pujian ramai, Tegkang, mencapai satu lagi pencapaian penting apabila ia akan ditayangkan secara rasmi di Netflix bermula hari ini.
Diterbitkan oleh MyContent Distribution, Tegkang menyajikan kisah yang menyentuh hati berlatarbelakangkan pergunungan indah Bario, Sarawak, serta mengangkat tema kemerdekaan, rasa ingin tahu, rahsia, kekeluargaan, cinta, dan ketabahan menghadapi kecacatan dalam penceritaan yang penuh emosi.
Filem ini memberikan pandangan autentik ke dalam budaya unik masyarakat Kelabit, menggabungkan elemen universal dengan tradisi Sarawak yang kaya.
Tegkang telah meraih pengiktirafan antarabangsa, termasuk memenangi Anugerah Pembikin Filem Pertama Terbaik di Lift-Off Sessions.
Penerbit Eksekutif, Lyn Nasihin, turut berkongsi keterujaannya mengenai tayangan global ini selari dengan usaha membawa filem itu lepas meluas seluruh pelusuk dunia.
“Ini adalah saat yang membanggakan, bukan sahaja untuk pasukan Tegkang tetapi juga bagi Sarawak dan Malaysia secara keseluruhan.
“Matlamat kami sentiasa untuk menyampaikan kisah yang autentik dan penuh emosi sambil menampilkan keindahan landskap serta budaya Sarawak.
Perjalanan filem ini bukan sahaja telah membawa perhatian global kepada industri perfileman Malaysia, malah turut meletakkan Sarawak sebagai destinasi penggambaran yang semakin mendapat perhatian, dengan menonjolkan warisan budaya yang kaya serta landskap yang memukau.
Dengan Tegkang yang kini bersedia untuk tayangan penstriman global di Netflix, penonton di seluruh dunia akan berpeluang untuk menikmati kisah Malaysia yang indah ini. – GayahIsTyping
You may also like
-
M.Nasir Lakar Sejarah – Tampil Konsert Khas Hari Raya
-
Terpaling Raya Jadi Tum Tum Raya – Shiha Zikir Dan Ieda Berkurung 22 Jam Demi Muzik Video
-
Beraya Dengan Biduanita Negara – Siti Nurhaliza Pamer Koleksi Busana Peribadi Sempena Budaya Raya
-
Khai AF Pengsan Tiba-Tiba – Terima Dua Jahitan Di Dahi
-
Elemen Lawak Seram Lagu Raya – ZUS Coffee Lancar Lagu Cerita Malam Raya