Influencer Terus Beri Saingan Kepada Golongan Artis – Hampir Rebut Gelaran Gempak Most Wanted 2025

Kelompok artis perlu menerima hakikat mereka kini bersaing rapat dengan influencer atau pempengaruh dalam meraih populariti dan menarik perhatian peminat dalam radar industri hiburan tempatan.

Pada acara anugerah Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2025 yang bertemakan Re-Culture berlangsung semalam, pemenang anugerah utama iaitu Meerqeen berdepan dengan saingan sengit daripada golongan pempengaruh selain sesama rakan artis sendiri.

Perkara itu dikongsikan, Ketua Content Studio Astro Gempak, Syazwan Zakariah yang berkata kedudukan di belakang pelakon berkenaan yang mengikut rapat ialah digital content creator atau pempengaruh berbanding rakan artis sendiri.

“Persaingan memang sengit hasil daripada keseleruhan 24 juta undian yang diterima sepanjang pemilihan berlangsung bagi edisii keempat GMWA, siapa biarlah kami simpan kerana kita mahu raikan pemenang utama, ” katanya yang ditemui pada siding media usai malam anugerah berlangsung.

FOTO: ASTRO GEMPAK

Meerqeen mengekalkan penguasaan artis dan juga pelakon bagi anugerah utama itu selepas dimenangi oleh Anna Jobling untuk dua tahun berturut-turut manakala pempengaruh Hafiz Mahamad pada edisi pertama GMWA pada 2022.

Sementara itu, Syazwan menambah penglibatan juri dalam sistem pemarkahan tahun ini dibuat bagi memberi aspek tambahan selain undian peminat.

“Kenapa tahun ini kita libatka markah daripada juri kerana kita mahukan juga pandangan daripada pandangan pihak profesional.

“Pandangan mereka itu bukan sahaja berdasarkan bakat sahaja tetapi mereka juga akan dinilai melalui bagaimana mereka memberi pengaruh serta impak kepada industri hiburan.

FOTO: ASTRO GEMPAK

Bagi edisi kali ini, pelakon, Meerqeen dinobatkan sebagai pemenang anugerah Gempak Most Wanted selepas meraih 2,373,539 undian atas talian dan manakala 40.5% dadipada juri.

Dihoskan oleh Amelia Henderson dan Sean Lee, malam anugerah GMWA2025 turut dimeriahkan persembahan daripada artis-artis terkenal seperti Marsha, Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Hael Husaini dan ALPHA yang dibawakan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam, eksklusif di saluran Astro Ria (104), On Demand, Astro GO dan sooka.- GIT MEDIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *