SHAH ALAM: Pelantun sebenar lagu Anta Permana, Datuk Seri Siti Nurhaliza meminta semua mendokan hatinya terbuka untuk beraksi di pentas akhir Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) 9 Februari depan.
Respon itu diberikan kala ditanya desas desus yang mendakwa beliau bakal muncul dalam persembahan lagu Anta Permana yang akan dibawakan oleh Bob AF itu.
“Setakat ini hati saya baru 80-20, 80 belum terbuka. Doakan hati saya terbuka.
“Apapun Bob adalah penyanyi terbaik yang akan membawakan lagu itu seperti diamanahkan. Kami pun memang sudah berbincang,” katanya.
Siti juga tidak menolak mengenai beberapa pihak memujuknya untuk menyanyikan lagu berkenaan termasuk Hael Husaini dan Bob sendiri.

Beliau turut mengakui bertanggunjawab terhadap lagu berkenaan yang memang dicipta untuk dirinya.
“Sebab itu saya memang ada berbincang dengan Bob apa yang wajar dilakukan terhadap lagu itu,” katanya.
Anta Permana antara 12 finalis AJL34 yang bakal berentap pada Februari depan dan Bob diberikan amanah menyampaikan lagu itu di peringkat separuh akhir.
Siti ditemui pada majlis sambutan hari lahirnya yang ke-41 bersama kelab peminatnya Sitizone.
Majlis berkenaan juga sempena ulang tahun ke 16 penubuhan kelab peminatnya itu.
“Saya bersyukur kerana sentiasa dan terus disayangi oleh semua peminat yang juga tidak jemu menyokong.
” Saya bertuah kerana bukan senang untuk buat orang sentiasa sukakan kita. Saya berharap hubungan ini terus terjalin meskipun satu hari nanti saya tidak lagi menyanyi,” katanya.
Gayah doakan yang terbaik. Dari kami, Happy Birthday TokTi, dirgahayu permata seni negara!
You may also like
-
Aina Abdul : Bukit Bintang Done, Bukit Jalil Next!
-
Konsert Milenia Ditunda Ke 25 November, Tampil Persiapan Lebih Meriah
-
Kongsi Kemesraan Dengan Suami Bawa Tuah Pada Fasha Sandha
-
Liza Hanim Sedia Bersaing – Ziana Zain Iktiraf Liza Bak Berlian
-
Kesemua Pelakon Walid Boleh Bersilat – Filem Angkat Seni Mempertahan Diri Melayu