December 8, 2024

Adik Untuk Aafiyah

GENTING HIGHLANDS : “Saya ever-ready, ada rezeki daripada Allah saya terima dan saya juga berusaha,” kata Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Buah hati kesayangan ramai itu berkata demikian apabila ditanya mengenai adakah beliau bersedia untuk memberikan adik kepada puteri kesayangannya Siti Aafiyah Khalid yang bakal berusia dua tahun Mac depan.

Siti Nurhaliza berkata, beliau bersyukur kerana Aafiyah diberikan kesihatan yang baik dan membesar dengan bijak.

Akuinya, sebagai ibu bapa, dirinya dan suami sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kerana anak adalah amanah dari Allah.

Aafiyah sepatutnya menyertai Siti pada program A Fun Day In The Sky sempena kempen Simplysity Di Hati kali ini yang diadakan di Kota Keriangan Genting.

Ihsan: Instagram @ctdk

Namun katanya, beliau dan suami membatalkan hasrat itu ekoran virus Influenza yang sedang melanda.

“Kalau ikutkan Aafiyah turut serta, tetapi bila berbincang dengan suami, kami fikir untuk keselamatan kami batalkan memandangkan Aafiyah masih kecil.

” Saya juga pesan pada semua krew pantau kesihatan anak-anak yang sertai program ini, ” katanya.

Seramai lima kanak-kanak pesakit jantung bersama keluarga ke program itu anjuran bersama SimplySiti dan Genting Malaysia Bhd.

Turut serta pemenang pertandingan sempena kempen Simplysity Di Hati, peminat dan teman media yang meluangkan masa sehari bersama Siti Nurhaliza dengan pelbagai aktiviti.

Gayah turut berpeluang menyertai program ini dan tersenyum melihat Siti yang bersungguh-sungguh melayan karenah anak-anak berkenaan.

Tidak hairanlah, figura ini digelar Mustika Hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts