December 1, 2022

Duit Nombor 10, Jadi Duta Yang Jujur

KUALA LUMPUR: Bukan soal bayaran yang menjadi ukuran, sebaliknya kejujuran dalam bergelar seorang duta produk.

Bagi Datin Rita Sosilawati, dirinya bersetuju bergelar duta buat julung kali kerana produk berkenaan memang digunakan olehnya.

“Duit nombor 10 pada saya. Apa yang penting kena jujur dan tahu mengenai produk yang kita wakili.

“Seperti barangan elektrik ini, saya terima kerana saya memang gunakannya dan memang saya tahu fungsinya,” katanya.

Terdahulu, Rita dipilih sebagai duta E.S.H Raya 2022 oleh Electrical Sdn Bhd iaitu pembekal utama produk elektrik, rumah dan peralatan dapur sempena bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri.

Jalinan kerjasama itu juga membawa kepada siri program membantu mangsa-mangsa banjir yang melanda baru-baru ini dengan menderma barangan elektrik kepada 200 keluarga yang terjejas.

Rita menambah, pihaknya juga akan melengkapkannya dan menyediakan barangan keperluan seperti
beras, gula, tepung, dan bekalan makanan lain untuk membantu keluarga-keluarga terbabit.

Sebagai sebahagian daripada Program CSR ‘Bersama Menyemarakkan Keikhlasan di Hari Raya’, Rita serta E. S. H akan melawat Kampung Kemat dan Kuala
Menjing di Terengganu untuk bertemu sendiri dengan mangsa terlibat dan mengagihkan bantuan dengan dibantu Persatuan Anak Niaga dan Aktiviti Nirmala.

Rita yang sedang melanjutkan pengajian dalam bidang doktor falsafah berkata, dia juga dalam perancangan untuk menerbitkan sebuah filem.

Katanya, perkara itu akan diumumkan kemudian termasuk nama produksinya.

“Alhamdulillah saya juga sudah ambil kursus, belajar dan mempersiapkan diri untuk projek terbaharu ini,” katanya yang juga sibuk menguruskan perniagaan restoran selain empayar kosmetik miliknya. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts