September 23, 2023

Aduhai Shuib!

KUALA LUMPUR: Artis serba boleh Shuib diarahkan berehat di hospital ekoran keadaan badannya yang lemah.

Pelawak, pengacara dan pelakon itu, semalam dilaporkan mendapatkan pemeriksaan di sebuah hospital swasta, namun tidak berpuas hati apabila terpaksa munggu terlalu lama.

Shuib ketika dihubungi berkata, dia membuat keputusan untuk berehat di rumah sahaja namun sebaik bangun hari ini badannya masih lemah.

Muat naik di akaun Instagram Shuib

“Saya beritahu isteri (Siti Sarah) dan minta dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya kepada Gayah.

Sarah berkata, doktor minta supaya suaminya itu berehat dan beberapa pemeriksaan sudah dijalankan.

“Kemungkinan demam akibat virus, tapi pemeriksaan lanjut sedang dibuat. Yang penting Shuib memang tak cukup rehat,” katanya.

Selain kerjaya sebagai penyampai radio, Shuib juga sibuk dengan empayar perniagaan yang diusahakan.

Difahamkan, dia memulakan rutin hariannya seawal 4 pagi dan menyambung dengan urusan perniagaan sehingga lewat malam.

Shuib dan Sarah meminta semua pihak supaya mendoakan kesihatannya dan segera sembuh.

Aduhai Shuib, benar bukan mudah untuk jadi senang dan memerlukan usaha yang jitu.

Gayah tahu Shuib seorang yang rajin. Apapun kesihatan kena diutamakan juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts