Minggu ketiga malam esok bakal menyaksikan cabaran sebenar peserta konsert Gegar Vaganza musim keenam (GV6) apabila kesemua peserta bakal membawakan lagu yang tidak pernah mereka nyanyikan.
Menerusi tema Yang Aneh-Aneh, penonton bakal menyaksikan pelbagai warna muzik yang bakal dipersembahkan oleh 12 peserta yang masih tinggal selepas Mazleela tersingkir minggu lepas.
Juri tetap Datuk Ramli MS juga bersetuju, peserta akan diuji dengan kredibiliti sebenar mereka sebagai penyanyi versatil pada minggu ini.
Lebih dari itu, Ramli berkata julat pemerkahan juga akan terangkan kepada semua juri supaya selari dengan komen yang diberikan.
“Saya akui terlepas pandang perkara itu, jadi sebagai ketua juri saya akan maklumkan mengenai markah yang patut diberikan mengikut yang baik, sederhana dan lemah,” katanya.
Menyentuh mengenai juri jemputan, Pengurus Saluran Astro Ria Emarina Mohd Kamal berkata, Astro berusaha mencari juri selari dengan tema mingguan.
Beliau berkata, setiap juri yang dipilih berdasarkan kredibiliti masing-masing dan mampu berkongsi pandangan yang bernas dengan peserta.
“Kita akan lebih berhati-hati dalam membuat pilihan dan juri yang dipilih pastinya mereka yang kaya dengan pengalaman,” katanya.
Jika minggu lepas, Naqiu menguasai tempat pertama manakala beberapa peserta seperti Hardy Miza, Sham Visa dan Nurfatima antara yang menyerlah.
Minggu ini yang pastinya menjadi tumpuan ialah Jatt menerusi lagu Awalah Dondang, Nurfatima (Hati Kama), Sham Visa (Sayang Sayang Sayang), Roy (Gila Judi) dan Wann (Asmaradana).
Gayah sokong semua.
You may also like
-
Sekuel Konsert Galau The Finale -Tampilkan Ungu, Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists
-
Babah Kisah Realiti Kasih Sayang – Ingatan Agar Hargai Seorang Bapa
-
Hanya Satu Nora Ariffin – Kekal Dalam Liga Penyanyi Terbaik Negara
-
Suria FM Kekal Barisan Penyampai – Catat Peningkatan 292 Ribu Pendengar
-
Ayda Jebat Terus Jadi Pilihan – Ada Jenama Kekal Sejak Sedekad