SHAH ALAM: Ada kemungkinan dua peserta Gegar Vaganza 6 akan disingkirkan pada konsert suku akhir malam ini.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal, kala ditanya Gayah.
Beliau berkata, ia bergantung kepada produksi dan ketetapan yang akan dibuat malam nanti namun dua penyingkiran boleh berlaku.
“Ya boleh berlaku (dua peserta disingkirkan). Apapun tunggu penghujung konsert suku akhir nanti,” katanya.
Masih ada 10 peserta bersaing termasuk satu kumpulan pada musim keenam rancangan yang disiarkan di Astro Ria itu.
Minggu lalu, tiada penyingkiran dibuat meskipun Nurfatima mendapat markah terendah.
Mengulas mengenai prestasi peserta pada edisi kali ini, masih ada yang masih bergelut untuk menyesuaikan diri.
Juri tetap Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang senada mengenai peserta yang masih tidak memberikan persembahan maksima.
Kumpulan One Nation Emcees terus mempamerkan prestasi terbaik dengan persembahan konsisten setiap minggu.
Minggu lalu, mereka berjaya berada dikedudukan tiga terbaik menerusi persembahan lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi.
Naqiu juga kembali merampas takhta selepas jatuh dikedudukan agak bawah dua minggu lalu.
Gayah doakan semua peserta terus bersemangat untuk berjuang. Sakit atau apa saja gangguan The Show Must Go On.
Itu juga semangat yang dipegang erat Sham Visa dan Sabhi Saidi yang bergelut dengan kesakitan minggu lalu.
Gayah dan ada pilihan peserta final. Sama-sama kita nantikan dua minggu lagi!
You may also like
-
Sekuel Konsert Galau The Finale -Tampilkan Ungu, Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists
-
Babah Kisah Realiti Kasih Sayang – Ingatan Agar Hargai Seorang Bapa
-
Hanya Satu Nora Ariffin – Kekal Dalam Liga Penyanyi Terbaik Negara
-
Suria FM Kekal Barisan Penyampai – Catat Peningkatan 292 Ribu Pendengar
-
Ayda Jebat Terus Jadi Pilihan – Ada Jenama Kekal Sejak Sedekad