KUALA LUMPUR: Sekiranya anda mempunyai bakat sebagai tukang karut dikir barat, anda adalah bintang yang dicari.
Stesen radio Gegar mempelawa semua yang berbakat memuat naik klip anda sedang menjadi tukang karut di platform Instagram anda.
Anda bakal membawa pulang wang tunai RM3,000 dan bergelar artis rakaman.
Orang kuat Gegar Raja Nadia Salwana berkata, pertandingan itu bermula sejak 25 Ogos lalu sehingga 11 September ini sebelum peserta peringkat semi final dipilih.
“Pertandingan Tukang Karut Gegar Deeja diadakan dalam usaha memastikan persembahan tradisi akan terus dipelihara dalam kalangan generasi muda khasnya.
“Kami gembira dengan sambutan yang diterima dan masih menunggu lebih banyak penyertaan sebelum pemilihan dibuat,” katanya.

Pertandingan separuh akhir akan diadakan di Astro Bukit Jalil dan peringkat akhir di negeri asal dikir barat iaitu Kelantan.
Butiran lanjut pertandingan ini boleh didapati pada gambar yang disertakan.
Gayah pun pernah jadi tukang karut. Pernahlah rasa menang. Hebat bukan?
You may also like
-
Aina Abdul : Bukit Bintang Done, Bukit Jalil Next!
-
Konsert Milenia Ditunda Ke 25 November, Tampil Persiapan Lebih Meriah
-
Kongsi Kemesraan Dengan Suami Bawa Tuah Pada Fasha Sandha
-
Liza Hanim Sedia Bersaing – Ziana Zain Iktiraf Liza Bak Berlian
-
Kesemua Pelakon Walid Boleh Bersilat – Filem Angkat Seni Mempertahan Diri Melayu