SHAH ALAM: Aksi pengacara Gegar Vaganza 9 (GV9) , Elly Mazlien atau Kak Lina yang masuk ke tengah pentas dan menari bersama Jaclyn Victor ketika penyanyi itu menyampaikan lagu Perawan atau Janda mendapat kritikan sesetengah pihak.
Jaclyn atau lebih mesra disapa Jac berkata, dia yang merancang kejutan itu dan mengajak Kak Lina menari bersamanya.
Baginya, tidak timbul isu Kak Lina menggangu persembahannya malah dia seronok pasangan pengacara kepada Nabil Ahmad itu begitu sporting dan supportive.
“Dia (Kak Lina) tidak tahu menahu, memang saya yang rancang untuk buat kejutan itu memandangkan Kak Lina juga pernah membawakan lagu yang sama ketika menyertai GV sebelum ini.
“Ya saya memang tergelak sebab tengok aksi Kak Lina yang macam terkejut bila dia dibawa keluar dari pentas oleh penari,” katanya.
Mengakui terfikir soal markah yang mungkin dipotong, Jac tidak risau kerana yakin sudah memberikan persembahan yang terbaik serta gembira dengan aksi Kak Lina.
Mengulas mengenai persembahannya pada malam Ahad, penyanyi yang memiliki vokal hebat itu mengakui ia sangat mencabar kerana tidak pernah menyanyikan lagu dangdut.
Persembahan Jac mendapat tepukan gemuruh dan pujian juri Datuk Syafinaz yang menganggap Jac seorang penyanyi hebat yang bersedia membawakan apa juga genre.
Mengekalkan kedudukan ditangga kelima pasa konsert ketiga, Jac akan berusaha memberikan lebih baik Ahad ini menerusi lagi You Raise Me Up.
“Bagi saya jangan risau soal terkeluar, tetapi berikan yang terbaik setiap minggu,” katanya.
Ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu juga memberitahu dia akan berjumpa dengan pakar selepas tamat GV untuk memeriksa masalah hidungnya.
“Ada bahagian tulang bengkok dan menganggu saluran pernafasan saya terutamanya bila sejuk dan berasap. Bukan selsema tapi ada kedengaran seperti itu,” katanya – GayahIsTyping
You may also like
-
Liza Aziz Juara GV 11 – Tampil Persembahan Memukau
-
Makar Fest Cipta Sejarah – Issey Berjaya Pujuk M.Nasir Kembali Ke Kota Bharu
-
Mulanya Rakam Untuk Demo – Bila Sedap, Terus Jadi Single ‘Dengan Lafaznya’
-
Amy Search Muncul Konsert Solo – Guna Pengarah Muzik Beyonce
-
Along Cham Sah Lafaz Cerai Taklik – Semalam Bebas Tanpa Lepas Kes Dadah