February 9, 2025

Amaran Tok Ti

SHAH ALAM: Malam ini masuk minggu kelima konsert Big Stage 2019 bermakna hanya berbaki tiga minggu sebelum melangkah ke pentas akhir.

Peringatan untuk semua peserta yang masih bersaing, mereka tidak ada alasan dan sebab untuk tidak memberikan persembahan terbaik.

Juri tetap Big Stage 2019, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata, semua peserta perlu memberikan sehabis baik dan seolah-olah ia persembahan terakhir mereka.

Foto dari Instagram @ctdk

“Dari segi penjurian juga kita lebih tegas dan melihat aspek kesungguhan setiap peserta serta perkembangan mereka setiap minggu.

” Berdasarkan prestasi sehingga kini pada saya hanya ada empat peserta yang layak dan bersedia ke peringkat akhir,” katanya.

Instagram @ctdk

Siti turut memuji semangat beberapa peserta seperti Santesh yang setiap minggu berusaha memberikan tenaga dan nyanyian yang sangat baik.

Beliau berkata pegangan Santesh yang mahu memberikan terbaik setiap minggu perlu dicontohi setiap peserta.

Instagram BigStage2019 Offical

Sementara itu, mengulas mengenai pemberian imuniti kepada Fieya Julia yang tersingkir minggu lalu, Siti mahu peserta itu tidak mensia-siakan peluang yang diberi.

“Saya hanya ada satu imuniti dan saya serahkan untuk selamatkan dia, saya harap dia akan buat betul-betul dan berusaha untuk mempertahakan kedudukannnya,” katanya.

Fieya ketika ditemui berkata, dia akan memastikan dirinya terus kekal dan berikan yang terbaik.

” Saya akan ikut nasihat juri dan saya juga berharap peminat terus berikan sokongan kepada saya, ” katanya.

Adzrin yang cemerlang pada konsert lalu dan mengungguli carta juri buat pertama kalinya berkata dia gembira dan terharu.

Instagram BigStage2019 Offical

“Saya memang serius mahu menggunakan platform ini sebaik mungkin. Syukur kepada Allah.

” Saya juga ingin berterima kasih kepada Marsha yang banyak membantu untuk persembahan duet kami, ” katanya.

Gayah setuju dengan kata-kata Tok Ti, Gayah juga bangga dengan peserta seperti Santesh, Neeta dan Han Byul.

Instagram BigStage2019 Offical

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts