December 8, 2024

Fasha Tak Berkira

KUALA LUMPUR: Jangan berkira dalam melakukan apa saja kerja dalam mencari rezeki.

Itulah pendirian pelakon serba boleh Fasha Sandha kala ditanya mengenai dirinya yang terus menjadi pilihan meskipun bakat baharu tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

“Bagi saya setiap kerja wajar dilakukan dengan seikhlas hati dan bertanggungjawab dalam melakukannya.

“Apabila kita lakukan sesuatu kerja kita perlu pastikan ia dibuat sepenuh hati dan selesaikan dari awal hingga akhir,” katanya kala ditemui Gayah.

Fasha turut memberitahu, dia tidak kisah termasuk memuat naik posting di laman sosial ketika sedang menjalani penggambaran.

Malah, dia juga tidak lokek mempromosikan drama lakonannya serta berkongsi dengan peminat.

” Memang tidak ada dalam kontrak tapi apa salahnya. Lagipun yang kita promosikan adalah produk lakonan kita dan aktiviti seni kita.

” Pendirian saya ialah perkara ini tidak ada ruginya. Saya memang sedia promosikan drama saya malah lakonan adik saya, ” katanya.

Fasha yang sentiasa menjadi perhatian dalam drama lakonannya juga antara figura pilihan produk sebagai duta dan jurucakap mereka.

Dia juga berkata, paling penting ialah jujur dan mencuba sendiri produk sebelum bersetuju menjadi wakil produk tertentu.

“Saya akan mencuba dulu produk sama ada sesuai atau tidak. Saya juga perlu ada pengetahuan mengenai produk berkenaan.

“Selebihnya kita jangan terlalu berkira berikan lebih dari apa yang diminta client. Kalau minta lapan postings kita berikan 14,” katanya.

Fasha memberitahu, dia juga terpaksa menolak beberapa tawaran ekoran kekangan masa untuk keluarga.

Fasha juga mahu memastikan komitmen sebagai wakil untuk beberapa produk dapat dilakukan dengan lancar.

” Insya-Allah bulan Ogos nanti saya aktif kembali,” kata aktres drama Semua Salahku yang sedang ditayangkan di TV3.

Fasha dilantik sebagai duta Aurawhite untuk produk Sparkle Diamond Skincare.

Gayah akui Fasha antara aktres terbaik Malaysia dan memiliki disiplin yang sangat tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts