January 19, 2025

Ayda ‘Move On’

KUALA LUMPUR: Bintang popular Ayda Jebat memilih untuk move on dari isu yang mengaitkan kononnya hubungan cinta dengan seorang pelakon lelaki sudah putus.

Bagi penyanyi yang mula mencuri hati peminat menerusi lagu Siapa Diriku ini, isu berkenaan bukan fokus utamanya.

Sedang menjalani penggambaran drama bersiri Cindai terbitan JS Pictures. Ayda membawakan watak Cindai.

“Kami pernah rapat dan berkawan baik. Saya tidak nampak isu ini perlu berpanjangan sebab itu saya jawab hari ini.

” Saya harap peminat faham dan saya juga gembira rakan media banyak menyokong serta faham situasi saya, ” katanya kepada Gayah.

Mengakui masing-masing ada sasaran dan cara serta pilihan sendiri, pelakon filem Pinjamkan Hatiku itu positif mengatur langkah hidupnya terutama dalam bidang kerjaya seni.

Ayda bakal lahirkan album penuh pertamanya hujung tahun ini

“Bagi saya Tuhan dah tunjukan sebegitu. Tak ada penafian terhadap apa yang berlaku, sekiranya ada. Saya juga tidak menidakkan atau mengiyakan.

“Sejujurnya kami hanya berkawan baik dan tak ada istilah putus cinta pun sebenarnya. Yang penting, saya cuba bersikap profesional dan akan berkerja dalam cara yang baik, dan rasanya begitu juga dengan dirinya,” katanya.

Terdahulu, penyanyi Temberang ini di temui pada majlis pelancaran produk kosmetik, Aurawhite dalam pakej Aurawhite Sparkle Diamond Collagen Travel Pack.

Gayah tidak sabar mahu tonton konsert Ayda dalam pesawat. Nyanyi selama 30 minit. Gayah percaya Ayda atau mesra disapa Adik akan terus sukses.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts