December 10, 2023

Glamour Tidak Datangkan Duit

PETALING JAYA: Glamour tidak akan datangkan duit, kata usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri.

Bagi dirinya, tidak kira usahawan atau selebriti haruslah bijak dalam membuat sesuatu tindakan pelaburan.

“Glamour hanya bersifat sementara dan end of the day ia akan hilang.

” Bagi saya berjaya atau tidak seorang usahawan itu ialah apabila dia berjaya mengukuhkan kewangan,” katanya kepada Gayah.

Aliff berkata, jangan seronok dan bangga bila ada banyak pengikut kerana hakikatnya paling lama setiap lima tahun putaran hidup akan berlaku.

Katanya, sebagai contoh jangan ingat andai ada 10 juta pengikut sekali pun, jangan ingat mereka boleh menjana duit untuk anda.

” Pasti akan ada orang dan bakat baharu yang muncul. Jadi kita kena bersedia.

“Begitu juga bila ada duit jangan main taja semua program, kena pilih. Kalah tidak nanti menang sorak kampung tergadai,” katanya penuh makna.

Ditanya mengenai kedudukan perniagaannya, Aliff bersyukur kerana rezekinya tidak pernah putus serta mengakui isteri, Datin Seri Nur Shahida turut banyak membantu.

” Saya akui isteri sentiasa ada dan dja akan tegur apa yang patut sebab saya kadangkala main terjah je.

” Dalam berniaga juga kita tidak boleh di satu tahap sahaja, kena pelbagaikan barang seperti saya kembangkan Alif Syukri Legacy dengan rangkaian tudung dan pakaian,” katanya.

Aliff juga percaya, tanggungjawab memberi semula kepada masyarakat wajar dilakukan dalam usaha membantu mereka yang memerlukan.

Menerusi program Abang Terlajak Tolong, syarikatnya memperuntukkan RM1.2 juta bagi tujuan kebajikan.

” Peruntukkan ini bagi membantu orang susah, orang kelainan upaya dan mereka yang memerlukan.

” Kita juga bersedia membimbing mereka yang minat untuk menjadi usahawan. Malah ada yang sudah berjaya,” katanya.

Gayah setuju dengan apa yang dikatakan. Dalam hidup kena realistik dan sentiasa membuat persiapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts