KUALA LUMPUR: Artis serba boleh Didie Alias membuktikan dia terus relevan apabila dipilih menjadi duta produk kecantikan dan gaya hidup AISEL.
Disebalik lambakan artis dan selebriti muda, Didie, 50, menjadi pilihan kerana karakter dan penampilan dirinya yang tersendiri serta ikonik.
Hal itu diakui oleh pengasas AISEL, Madam Aisel, yang menyifatkan pemilihan Didie selari dengan simbolik ‘lagi tua, lagi menjadi’ yang sememangnya sesuai dengan penyampaian mesej AISEL itu sendiri iaitu ‘age is just a number’.

“Perlantikkan Didie sebagai duta AISEL ialah paling tepat mewakili produk ini. Bila tengok Mami orang boleh tahu produk saya kuat seperti personaliti Mami sendiri.
“Saya berharap, produk keluaran Aisel boleh membantu semua kekal cantik dan aktif walaupun sedang meningkat usia,” katanya.
AISEL diambil daripada perkataan dalam Bahasa Azerbaijan yang membawa maksud pantulan cahaya bulan di permukaan air.
Produk keluaran AISEL diperbuat sepenuhnya dari bahan semula jadi, seperti ekstrak tumbuh-tumbuhan hijau sepertiteh hijau, pegaga, biji bunga teratai, kulit beras, dan shea butter.

Bagi Didie yang lebih mesra disapa Mami, semua yang diterimanya adalah rezeki hasil kerja keras dalam persada dunia seni sejak lebih tiga dekad.
“Alhamdulillah dengan kepercayaan yang diberikan dan rezeki tidak putus dari Allah. Bagi Mami setiap usaha ada ganjarannya.
“Macam produk ini, Mami sendiri ambil tahu dan cuba lebih tiga bulan sebelum bersetuju untuk menjadi duta. Malah memang gunakannya secara praktikal,” katanya.
Didie berkata dia juga akan menjadi wakil dan mempromosikan produk itu dalam kalangan orang industri, keluarga, peminat di semua peringkat umur.
“Kami juga akan adakan siri jelajah serta CSR sepanjang kerjasama dalam tempoh enam bulan,” katanya.
Buat masa ini, dua produk penjagaan wajah yang menjadi tarikan di AISEL iaitu Premium Bright -Up Ampoule dan juga AISEL Dual Beauty Balm.
Kedua-dua produk terbaik AISEL ini, adalah hero dalam kategori masing-masing. Di mana Ampoule dipercayai
mampu untuk merawat kulit wajah rosak dan kedutan selain membantu mencerahkan kulit.
Sementara formulasi yang ada di dalam Beauty Balm pula, diyakini dapat membantu melindungi kulit wajah
daripada pencemaran alam sekitar dan sinaran cahaya UV selain membantu melembabkan kulit.
Kunjungi Instagram Aisel @aisellifestyle dan layari laman web www.aisellifestyle.com. – GayahIsTyping